Pengasuh didakwa bunuh Al Fateh dituduh di mahkamah
Suspek yang bekerja di sebuah taska di Taman Kelemak Utama itu tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Alor Gajah kira-kira jam 9.40 pagi.
Sinar Harian
Fri Sep 13 2024
Suspek berusia 34 tahun (tengah) tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini. - Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Pengasuh wanita yang didakwa mengakibatkan kematian bayi lelaki lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri, akan didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini hari ini.
Suspek berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek yang bekerja di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama dan memakai jubah dan tudung hitam tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Alor Gajah diiringi anggota polis kira-kira jam 9.40 pagi. - Sinar Harian