JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan berhubung sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan pencegahan jenayah di lokasi tersebut pada kira-kira 11.20 malam.
Beliau berkata tangkapan itu melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun dan kekasihnya berusia 20 tahun, selain seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada suspek wanita didapati turut berada dalam kereta terbabit.
"Enam kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kereta suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan bermula di Taman Impian Emas dan melalui beberapa jalan lain di sekitar Johor Bahru, sebelum akhirnya mereka ditangkap di taman yang sama.
"Mereka dipercayai melarikan diri kerana berada di bawah pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan mengenai pasangan itu dikatakan menculik kanak-kanak berkenaan sebaliknya merupakan anak kepada suspek wanita.
"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tiada sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat di media sosial memaparkan mengenai insiden enam MPV polis sedang mengejar sebuah kereta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Serangan Israel dari udara mengorbankan 30 rakyat Palestin
Serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di Deir Al-Balah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan yang lain cedera. Serangan itu disasarkan pada sebuah sekolah swasta yang dijadikan tempat perlindungan rakyat Palestin yang berpindah randah mencari tempat perlindungan.
Menteri Luar Rusia adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Langsung dari Vientiane, Laos wartawan Astro AWANI Syaff Shukri membawakan perincian lawatan rasmi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Malaysia pada Ahad.
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Pusat perubatan di Khan Younis ditutup berikutan arahan pemindahan - Kementerian Kesihatan
Disebabkan peningkatan jumlah kawasan yang dipaksa dikosongkan di selatan Gaza, beberapa pusat penjagaan kesihatan utama kini tidak lagi beroperasi.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas.
Sepasang kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki di Kota Tinggi
Pada 26 Dis lalu, seorang kanak-kanak lelaki empat tahun meninggal dunia didera oleh kakak dan rakan kakaknya.
Polis tahan sepasang kekasih, pengawal keselamatan sindiket pengedaran dadah
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,180 g bernilai RM36,162.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup mercun, barangan makanan
Mereka dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand.
Polis rampas dadah bernilai RM60,000, hapus bekalan untuk 3,842 penagih
Empat individu termasuk sepasang kekasih ditahan selain pelbagai jenis dadah bernilai RM60,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Ampang.
Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.