PASIR MAS: Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan sepasang kekasih berstatus duda dan janda dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand, di Kampung Lubok Chekok, Banggol Chicha, di sini, malam tadi.
Penolong Pegawai Pemerintah PGA8 DSP K.Ramesh berkata kedua-duanya yang berusia 36 dan 40 tahun ditahan sepasukan anggota PGA yang menjalankan Op Benteng COVID dalam serbuan pada 10 malam.
"Terdahulu, anggota PGA8 telah terserempak dengan sebuah lori di dalam semak dan apabila dihampiri didapati terdapat seorang lelaki sedang menyusun kotak di bahagian belakang lori manakala seorang wanita di kerusi penumpang hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan kemudian menemukan 70 guni dan 23 kotak mengandungi pelbagai mercun, 3,240 kotak mi segera dan 40 kotak serbuk teh buatan negara jiran tersebut.
Ramesh berkata pasangan itu bersama keseluruhan barangan rampasan dianggar bernilai RM329,860 termasuk lori dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Mereka dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta
Tiga individu termasuk sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah bernilai RM1.445 juta.

Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas.

Sepasang kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki di Kota Tinggi
Pada 26 Dis lalu, seorang kanak-kanak lelaki empat tahun meninggal dunia didera oleh kakak dan rakan kakaknya.

Polis tahan sepasang kekasih, pengawal keselamatan sindiket pengedaran dadah
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,180 g bernilai RM36,162.

Pasangan kekasih ditahan cuba seludup mercun, barangan makanan
Mereka dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand.

Polis rampas dadah bernilai RM60,000, hapus bekalan untuk 3,842 penagih
Empat individu termasuk sepasang kekasih ditahan selain pelbagai jenis dadah bernilai RM60,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Ampang.

Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.