BANJIR sudah surut di Hulu Terengganu.
Melewati Kuala Berang, keadaan kembali pulih seperti sediakala dan kelihatan penduduk membersihkan sisa bencana di rumah masing-masing.
Ada juga yang duduk termenung di pintu, merenung jauh ke ufuk. Mungkin mengenangkan kerja berat yang perlu dilangsaikan untuk kembali menjalani kehidupan normal.
Sampai di Kampung Chapu, seorang wanita sedang mencuci laman rumahnya sambil berbual dengan rakannya yang kelihatan sudah mahu beransur pulang.
"Balik dulu ya, apa-apa nanti kau beritahu aku," kata kawannya dan berlalu pergi dengan motosikal.
Rafeah Abu Bakar terus menyapu air keluar dari laman rumahnya seorang diri sebelum menyambung kerja di dalam rumah pula.
"Nasib baik ada jiran-jiran datang tolong. Kalau makcik seorang saja, rebah agaknya," kata wanita berusia 60 tahun itu sambil mengemop lantai yang sudah dibersihkan daripada selut.
Semasa banjir datang melanda kampungnya pada Jumaat lepas, Rafeah tidak berada di situ. Dia di rumah anaknya di Jenagor.
Beberapa hari kemudian ada niat hatinya untuk pulang melihat keadaan rumah namun dihalang anak atas faktor keselamatan memandangkan jalan ke Kampung Chapu masih terputus ditenggelami air.
"Makcik tinggal seorang di sini, pakcik dah meninggal 10 tahun lepas.
Dia berhenti mengemop dan duduk untuk berehat sambul bercerita,"Setiap hari makcik ke rumah anak untuk jaga cucu ketika mereka suami isteri bekerja.
"Kelmarin baru makcik balik sini, tengok-tengok ya Allah, nak rebah rasanya. Selut penuh dalam rumah. Tanya jiran-jiran 'kuat betul banjir ye?', mereka kata 'yalah, kami pun bawa nyawa saja, rumah kunci begitu sahaja, tak sempat bawa apa-apa'," ceritanya dalam loghat Terengganu Kuala Berang.
Mengetahui kawasan itu sering dilanda banjir, mujur Rafeah sudah menyimpan semua dokumen-dokumen penting di rumah anaknya.
Begitupun menurutnya sepanjang 30 tahun dia menetap di situ, banjir kali ini disifatkan paling buruk pernah melanda Kampung Chapu dan sekitarnya.
Malah, banjir besar 2014 yang telah membawa banyak kemusnahan terutamanya di negeri Kelantan, juga tidak teruk sehingga menenggelamkan seluruh kampungnya dan kampung-kampung sekitar.
"Banding tahun 1986 masa awal-awal makcik duduk di sini dahulu, air banjir cuma sampai paras lutut sahaja. Kali ini kata jiran-jiran air sampai ke paras dada.
"Mana taknya, hujan tak berhenti selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad minggu lepas. Air naik cepat.
"Kali ini memang tak jangka sebab bulan 11 membawa ke awal bulan 12 tak hujan. Ingatkan tak banjirlah sebab tak hujan. Sekali 'last-last minute' pula dia (hujan dan banjir) datang.
Hujan berterusan selama beberapa hari itu menyebabkan air Sungai Telemong melimpah lalu menenggelamkan kampung-kampung sekitarnya yang berada di kawasan rendah.
Kampung Chapu, Kampung Tengkawang, Kampung Kepah, dan Kampung Tok Lawit adalah kawasan yang paling teruk terkesan di Kuala Berang bagi daerah Hulu Terengganu.
Biarpun jelas sedar kawasan rumahnya itu saban tahun dinaiki air, tidak langsung terlintas dalam fikirannya untuk menjual rumahnya dan berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Cuma dia sedang mempertimbangkan untuk duduk bersama anaknya dan menyewakan rumah itu kepada orang lain.
"Tengoklah macam mana lepas ini, makcik pun tinggal seorang. Boleh kata kebanyakan masa makcik di rumah anak untuk jaga cucu. Nak jual, sayang.
"Biarkan rumah tak ada orang duduk pun nanti buruk, ya tak? Boleh juga sewakan kepada orang, lagipun ramai pekerja kolej politeknik dan cikgu-cikgu sekolah yang cari rumah kawasan ini.
Hari sudah petang, langit pula semakin gelap dengan awal tebal menghalang sinar matahari daripada sampai ke bumi Terengganu. Hujan juga sudah mula rintik.
Rafeah melihat ke arah jam dinding rumahnya. Ia sudah lagi tidak berfungsi, tetapi mengikut rasanya, tiba masa untuk dia pulang ke rumah anaknya.
Israr Khalid
Sat Jan 07 2017
rafeah termenung mengenangkan nasib dan keadaan rumahnya yang saban tahun terkesan dengan banijir. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
'Sepanjang 30 tahun, kali ini paling teruk'
Rafeah Abu Bakar hanya sesekali berehat sebentar sebelum kembali membersihkan sisa-sisa lumpur di rumahnya di Kampung Chapu, Kuala Berang, Terengganu.
Membina harapan baru
Dia kematian dua anaknya yang lemas di sungai. Tiga tahun kemudian, sungai yang sama menenggelamkan seluruh kampungnya.
Cerita banjir: Warna yang hilang
Selepas banjir besar 2014, kampung ini tidak lagi ceria seperti dulu. Tetapi mereka selalu percaya, Tuhan tidak menimpa beban yang tidak mampu mereka tanggung.