Seorang lagi suspek kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat membeli-belah di Damansara Jaya, dekat sini semalam, ditembak mati.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata suspek lelaki berumur 22 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan Bukit Beruntung pukul 1 pagi tadi.
Fadzil berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mengejar kereta Honda Civic yang dipandu suspek sebelum kenderaan itu terbabas akibat terlanggar pokok.
"Suspek keluar dari kenderaan tersebut dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota.
"Pasukan polis telah membalas beberapa das tembakan ke arah suspek dan suspek berjaya ditumpaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol revolver berisi tiga butir peluru serta dua kelonsong dan beberapa bentuk barang kemas dari kedai emas yang dirompak.
"Suspek mempunyai dua rekod jenayah dan siasatan masih diteruskan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, enam suspek yang memakai topi keledar bervisor hitam telah menyerbu masuk kedai emas di pusat membeli-belah di Damansara Jaya, dengan bersenjatakan tiga pucuk pistol untuk menyamun.
BACA: 'Rompak! Rompak! Lari ...!' Saksi cerita detik cemas tembak menembak di Damansara Jaya
Polis menembak mati dua suspek ketika cuba melarikan diri manakala empat suspek berjaya ditahan.
BACA: 2 maut dalam kejadian berbalas tembakan di Damansara
Polis percaya lebih daripada lapan suspek terlibat dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 19 2018

Seorang lagi suspek kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat membeli-belah di Damansara Jaya, dekat sini semalam, ditembak mati. -Foto ihsan Jeffery Chan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Seorang lagi suspek samun di Damansara Jaya ditembak mati
Suspek lelaki berumur 22 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan di kawasan Bukit Beruntung pukul 1 pagi tadi.