KUALA LUMPUR:Seorang lagi lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan tempatan berumur 15 tahun, bulan lepas.
Mohammad Hassan Mohammad Rafik, 24, pengawal keselamatan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang juga kenalannya di sebuah rumah di Ampang, pada 10 malam, 30 Okt lalu, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras.
Tertuduh yang diwakili peguam T. Harpal Singh berkata anak guamnya adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan beliau memohon Mohammad Hassan dibenar diikat jamin kerana tuduhan hari ini adalah yang pertama dihadapinya.
Suzana tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Dis ini untuk sebutan semula kes.
BACA: Dua pemuda warga asing didakwa rogol remaja 15 tahun
Semalam, di mahkamah Ampang, dua rakannya Mohammed Karim Mohammad, 20, dan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol remaja itu di Pandan Indah di sini, pada September, Ogos dan Oktober lalu.
Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin.
Seorang lagi rakan mereka yang berdepan pertuduhan sama akan didakwa pada 28 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang juga kenalannya di sebuah rumah di Ampang, pada 10 malam, 30 Okt lalu. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Seorang lagi lelaki warga asing didakwa rogol remaja tempatan bawah umur
Mohammad Hassan Mohammad Rafik, 24, pengawal keselamatan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.