Polis menemui dua pucuk senjata api dan lebih 100 peluru hidup dalam sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran Temerloh malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmod berkata dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan yang berlaku pada lebih kurang 8.30 malam itu, polis menemui sepucuk pistol Smith Wesson, selaras pump gun bersama dua butir peluru di dalamnya.
"Turut ditemui 23 butir peluru jenis Rimba 12 Bore, 35 butir peluru Mega 12 Bore, sebutir peluru Buck Shot 12 Bore, dua kotak yang mengandungi 88 butir peluru jenis 9mm Br.C SB.
"Siasatan awal mendapati senjata api dan peluru hidup berkenaan adalah milik sah ahli perniagaan berkenaan berdasarkan penemuan kad senjata milik mangsa.
"Kesemua senjata api berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada bahagian perlesenan dan persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RR) Temerloh malam tadi, dua mangsa maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan.
Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan ulititi sukan (SUV) Low Kim Boon, 65, seorang ahli perniagaan daripada Taman Bukit Istana, Kuantan dan pemandu Perodua Myvi, Nor Rashila Rosdan, 22, seorang pelukis pelan daripada Setiawan, Perak.
Masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang alami pada bahagian kepala ekoran tercampak keluar dari kenderaan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Nor Rashila dari arah Kuantan menghala ke Temerloh telah melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori yang membawa muatan plastik dipercayai akibat mengantuk.
"Perodua Myvi berkenaan kemudian telah dirempuh dari belakang oleh SUV Toyota FJ Cruiser yang dipandu oleh Low menyebabkan SUV berkenaan tercampak ke laluan bertentangan dan masuk ke dalam gaung.
"Dalam masa yang sama sebuah lagi kenderaan jenis Proton Iswara dari arah Kuantan menghala ke Temerloh telah melanggar Perodua Myvi yang berada di atas jalan itu, bagaimanapun pemandunya dan tiga penumpangnya hanya mengalami cedera ringan."
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 18 2018
Semua senjata api yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada bahagian perlesenan dan persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.