Teka teki mengenai baki kekosongan kerusi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak terjawab hari ini, selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan.
Tiga ADUN berkenaan, kesemuanya daripada UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) adalah Khairul Shahril Mohamed (Bota), Mohd Zolkafly Harun (Lintang) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering).
Kesemua wakil rakyat itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, sebelum perasmian persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Sultan Nazrin semasa perasmian bertitah: "Tiga orang lagi telah beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada pagi ini. Laksanakan tanggungjawab dengan penuh jujur, ikhlas, berteraskan undang-undang, dan berlandaskan perlembagaan".
Pada 31 Mac, tujuh ADUN mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di Istana Kinta di sini, berikutan penjajaran politik di Perak selepas Perikatan Nasional mendapat mandat membentuk kerajaan dan mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan.
Tiga daripadanya adalah daripada BN iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah); dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).
Turut mengangkat sumpah dua ADUN PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama).
Dua lagi ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).
Komposisi terkini 59 kawasan DUN Perak terdiri daripada BN (25); DAP (16); Amanah (lima); Bersatu (empat); dan masing-masing tiga daripada PKR, PAS dan Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
Sultan Nazrin semasa perasmian bertitah, tiga ADUN lagi telah baginda perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco pada pagi ini.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.