KUALA LUMPUR: Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih jemaah haji setakat ini.

Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.

"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?


Menurut Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi, setakat ini 717 jemaah maut dan 863 lagi cedera
dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu berkata tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.

BACA: Insiden rempuhan Mina: Kementerian masih siasat jika ada rakyat Malaysia jadi mangsa