Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menegaskan semua pemeriksaan ke atas kapal dan bot penumpang mematuhi tatacara pemeriksaan yang ditetapkan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Datuk Mohd Zubil Mat Som hari ini.
Beliau berkata setiap pemeriksaan dilakukan secara berhemah dan mesra pelanggan bagi memastikan setiap operator kapal dan bot serta penumpang mengambil langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti di laut.
Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, hanya kru bot layar terbabit sahaja yang dipanggil menaiki bot peronda milik APMM untuk penyerahan dokumen supaya aktiviti pelancong di atas bot layar itu dapat berjalan seperti biasa.
Pemeriksaan dilakukan secara sopan dan tertib dengan mengambil kira kehadiran pelancong asing dan sama sekali tiada sebarang bentuk kekerasan dilakukan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) Datuk Alexandar Isac mendakwa pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kapal siar menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelancong dan boleh menjejaskan kedatangan pelawat ke Langkawi.
BACA: Niagakawi dakwa pendekatan Maritim Malaysia takutkan pelancong
Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata pemeriksaan rambang dilaksanakan dari semasa ke semasa dan setiap pemeriksaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang mengambil kira kepentingan keselamatan dan kemesraan pelanggan termasuk pelancong asing berdasarkan aduan dam maklumat orang ramai.
Mohd Zubil berkata pihaknya memandang serius dakwaan Niagakawi, namun sehingga ini, Maritim Malaysia belum menerima aduan atau cadangan daripada Niagakawi berhubung perkara ini serta mengalu-alukan Persatuan itu ke pejabatnya bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.
"Maritim Malaysia telah menyediakan pelbagai saluran khas bagi menerima aduan atau cadangan untuk memperbaiki lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan rakyat.
Mohd Zubil berkata sebanyak 17 pemeriksaan telah dilakukan di perairan Kedah dan Langkawi, dan satu daripada bot layar di bawah pendaftaran Langkawi International Yatch disyaki telah melakukan beberapa kesalahan melibatkan pelesenan dan keselamatan penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Mohd Zubil berkata pemeriksaan rambang dilaksanakan dari semasa ke semasa dan setiap pemeriksaan mempunyai SOP yang mengambil kira kepentingan keselamatan dan kemesraan pelanggan. - Gambar fail
Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Tragedi ‘water rafting’: Ikram sempat hantar video kepada ibu sebelum lemas
Seorang mangsa tragedi 'water rafting' di Sungai Jahang, Gopeng, sempat menghantar rakaman video kepada ibunya menunjukkan keadaan paras air sungai yang tinggi.
AWANI Ringkas: Hukuman pelaku buli di UPNM sudah diputuskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
Hubungan budaya Malaysia-Rusia dipererat
Hubungan budaya antara Malaysia-Rusia dipererat dengan beberapa acara dan inisiatif digerakkan kedua-dua belah pihak dan terserlah menerusi acara "Russian Music and Literature Salon" oleh Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah dan perbodoh rakyat - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel, menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.
#MerdekaAwardTalkSeries - Leadership: Not Just a Title, But a Lifestyle
Are leaders born or made? It begins with attitude, discipline, and the conscious choice to grow every day. In the #3 Merdeka Award Talk Series, Tan Sri Nazir Razak @nazir.razak, Chairman of Ikhlas Capital, and Dr. Firdausi Suffian, CEO of Invest Sabah, share their insights on what defines a true leader and why great work alone doesn’t equal leadership.
Catch the full discussion moderated by @daphneiking here: https://youtu.be/aH7Sri_ViNI?si=55dAYBFbVc19ioj8
Catch the full discussion moderated by @daphneiking here: https://youtu.be/aH7Sri_ViNI?si=55dAYBFbVc19ioj8
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengambil peluang bertemu beberapa pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di luar siri-siri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM).
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Semua pemeriksaan atas kapal, bot penumpang patuhi tatacara pemeriksaan - APMM
Pemeriksaan dilakukan secara berhemah bagi memastikan setiap operator kapal dan bot serta penumpang mengambil langkah-langkah keselamatan.