Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Menurut beliau, langkah yang sama diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Kesemua acara tersebut yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana Malaysia masih lagi menghadapi dan memerangi ancaman penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini iaitu pada 8 Jun 2020 telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.
"Perkara itu seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali pada 4 Mac lalu," katanya.