KOTA BHARU: Seorang datuk tidak menyangka gurauan manja berebut alat kawalan jauh televisyen menjadi kenangan terakhir sebelum cucunya berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor pada petang Isnin.
BACA: Tidak sedar keluar dari rumah, kanak-kanak tiga tahun ditemui lemas di tali air
Che Mohd Noor Awang, 61, berkata khabar duka itu hanya diketahuinya selepas dia selesai menunaikan solat fardu asar.
"Bagaimanapun, isteri saya Roslia Mahmud, 55, terlebih dahulu mengetahui kejadian menimpa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika.
"Namun dia rahsiakan dahulu kerana bimbang kesihatan saya yang menghidap penyakit lemah jantung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Jambu Merah, di sini.
Menurutnya, sebelum kejadian Muhammad Huffaz Wafri ada datang meminta alat kawalan jauh untuk menonton televisyen.
Katanya, alat kawalan jauh itu tidak diberikannya kerana televisyen tersebut baharu sahaja dibaik pulih selepas tetapan berubah menyebabkan isyaratnya gagal berfungsi.
Che Mohd Noor yang menjaga cucunya itu sejak lahir berkata Muhammad Huffaz Wafri kemudian diminta untuk bersama dengan neneknya kerana dia mahu berehat seketika.
Dia berkata, sebelum itu cucunya sempat minum susu.
"Sejujurnya saya tidak sedar bagaimana dia boleh keluar dari rumah, mungkin neneknya terlelap masa dia keluar," katanya.
Che Mohd Noor berkata kejadian itu disedari oleh isterinya selepas ada jiran yang datang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut.
Menurutnya, cucunya itu ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.
Dia berkata, ibu bapa Muhammad Huffaz Wafri masih lagi dalam perjalanan pulang ke kampung kerana mereka menetap di Sungai Buloh, Selangor.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat,” katanya.
Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah malah tiada langsung sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa.
Berita asal: Sempat bergurau sebelum cucu ditemui lemas
Sinar Harian
Mon Apr 26 2021

Che Mohd Noor Awang menunjukkan gambar terakhir cucunya, Muhammad Huffaz Wafri yang diambil pada Ahad malam. -Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sempat bergurau sebelum cucu ditemui lemas
Che Mohd Noor berkata kejadian itu disedari oleh isterinya selepas ada jiran yang datang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut.