PERMAISURI: Sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berdepan detik cemas, apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi.
Kejadian berlaku di Lata Hulu Kekabu, Setiu dekat sini kira-kira 5 petang di kawasan seberang sungai yang menjadi lokasi perkelahan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan polis dan bomba telah dikerah ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Seramai 31 orang termasuk pegawai dan anggota dari pasukan polis serta bomba, tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.
"Didapati kesemua mangsa yang berusia antara 23 hingga 24 tahun, masih terperangkap di bahagian seberang sungai iaitu lokasi orang awam selalu mandi-manda," katanya ketika dihubungi malam ini.
Afandi berkata semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam operasi yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah.
Beliau berkata siasatan juga mendapati kesemua mangsa yang mengambil jurusan perakaunan telah masuk ke Lata Hulu Kekabu sekitar 2 petang untuk tujuan rekreasi.
Sehubungan itu, Afandi menasihatkan semua orang awam supaya menangguhkan aktiviti rekreasi di kawasan air terjun dan sungai dalam keadaan cuaca tidak menentu terutama pada musim monsun timur laut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berdepan detik cemas, apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi. - Twitter@bernamadotcom

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sebutan semula kes pemandu wanita langgar pelajar UiTM Dungun 18 Dis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Tekn

Tragedi UiTM Dungun: Tiga pelajar miliki budi pekerti tinggi, rajin bantu pensyarah
Azlinda berkata, sepanjang pengalaman mengajar mereka dalam jurusan tersebut, kesemua pelajar itu menunjukkan nilai-nilai yang baik dan turut rapat dengan pelajar lain.

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga tiga pelajar UiTM maut kemalangan
Anwar berkata kemalangan tersebut sangat menyayat hati, dan beliau sendiri turut terkesan dengan kejadian itu.

Sembilan pelajar diselamatkan dalam kejadian kepala air
Sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berdepan detik cemas, apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi.