Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu setiap rakyat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Timbalan perdana menteri berkata dengan adanya semangat patriotisme yang tinggi juga, Malaysia, walaupun cuma sebuah negara yang kecil, akan terus dihormati di persada antarabangsa.
Justeru, beliau berkata walaupun wujud perbezaan pandangan politik atau pendapat dalam kalangan rakyat Malaysia namun apabila menyentuh soal kedaulatan negara, perbezaan itu perlu diketepikan.
"Biarpun terdapat perbezaan pendapat dan politik di kalangan kita tetapi atas nama Malaysia, ketepikan pendapat itu demi negara dan tanah tumpah darah kita.
"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dalam soal negara, kita beri rasa kecintaan dan semangat patriotisme kepada negara kita," katanya ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di sini, pada Sabtu.
Kira-kira 30,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang turut diserikan dengan acara kempen kibar Jalur Gemilang dan persembahan kebudayaaan etnik suku kaum Sabah.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan anggota kabinet negeri Sabah.
Ahmad Zahid seterusnya berkata perbezaan pendapat diizinkan di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi, bagaimanapun ada tatasusila dan akhlak yang harus dipatuhi.
Mengimbas semula peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, beliau berkata peristiwa berkenaan merupakan satu daripada contoh terbaik semangat patriotisme ditunjukkan rakyat Malaysia.
Katanya ketika peristiwa itu berlaku, seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka, bersatu mempertahankan kedaulatan negara sepenuhnya, khususnya bumi Sabah.
Ahmad Zahid berkata semangat patriotisme rakyat Malaysia yang dizahirkan itu menyebabkan kedaulatan negara Malaysia terus dihormati negara luar.
Malah, katanya, semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Indonesia baru-baru ini, Najib juga menegaskan pendirian Malaysia yang tidak sekali-kali menyokong pihak luar mencampuri urusan kedaulatan mana-mana negara.
Ahmad Zahid berkata ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatannya menyebabkan Malaysia terus disegani dan diiktiraf di peringkat global dengan diberi peranan penting dalam badan dunia.
Sebagai contoh, katanya pada 23 Ogos ini, Malaysia dipilih menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagaimanapun Ahmad Zahid mengingatkan rakyat agar semangat patriotisme yang tinggi perlu sentiasa berterusan di dalam jiwa mereka dan bukan pada bulan kebangsaan sahaja.
Bernama
Sun Aug 07 2016
Dari kiri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengibar Jalur Gemilang pada majlis malam tadi. - fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.