Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 23 Sept itu terhadap dua lelaki terbabit selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pengarah urusan berusia 53 tahun serta penasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran strategik syarikat berumur 45 tahun berkenaan disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pengarah urusan itu ditahan kira-kira 6.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di sini manakala suspek kedua ditahan pada 5.40 petang di SPRM Kelantan.
SPRM juga dilaporkan menyerbu 10 lokasi secara serentak semalam termasuk ke atas pejabat anak syarikat Felcra di Setapak di ibu negara serta lokasi-lokasi lain di Pantai Timur, Perak dan Lembah Klang.
SPRM dilaporkan menyita sejumlah dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan.
BACA: Penyelewengan kontrak latihan RM4 juta: Dua ditahan bantu siasatan SPRM
Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 53 tahun itu dipercayai memanipulasi sebut harga selain melantik syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat terbabit.
Kata sumber itu, salah guna kuasa tersebut dikesan bermula pada 2014 dan berlarutan sehingga kini membabitkan nilai projek kira-kira RM4 juta.
Sumber SPRM itu berkata setakat ini 15 individu telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini dan SPRM Kelantan untuk ditemu bual berhubung kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
![Seleweng dana latihan RM4 juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman Seleweng dana latihan RM4 juta, dua pegawai subsidiari Felcra direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537333888_SPRM.jpg)
Dua pegawai anak syarikat Felcra Berhad dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa berkaitan penyelewengan kewangan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta. -- fotoBERNAMA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715094401_TBZUKIALIjpg.jpg)
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
![Anak syarikat KKDW ditutup, Zahid dedah butiran lanjut di Parlimen Anak syarikat KKDW ditutup, Zahid dedah butiran lanjut di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704425649_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Anak syarikat KKDW ditutup, Zahid dedah butiran lanjut di Parlimen
Zahid akan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut di Parlimen.
![Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698811324_AsiaDigitalEnginee.jpg)
Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan.
![Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649855075_SerbaDinamik.jpg)
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
![Cadangan penjualan AmGeneral Insurance kepada Liberty Insurance dengan nilai RM2.29 bilion Cadangan penjualan AmGeneral Insurance kepada Liberty Insurance dengan nilai RM2.29 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626712614_amgeneralinsurance.jpg)
Cadangan penjualan AmGeneral Insurance kepada Liberty Insurance dengan nilai RM2.29 bilion
Cadangan penjualan itu akan menjadikan AMMB memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam perniagaan LIB dan AGIB.
![COVID-19: Selangor peruntuk lebih RM200 juta untuk beli vaksin COVID-19: Selangor peruntuk lebih RM200 juta untuk beli vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622669240_AMIRUDINPKPD.jpg)
COVID-19: Selangor peruntuk lebih RM200 juta untuk beli vaksin
Kerajaan negeri telah sediakan peruntukan RM100 juta dan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Selgate dan SelCare memerlukan paling minimum RM120 juta lagi.
![CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak dibebas dengan jaminan CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak dibebas dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606299118_SPRMMDBrasuah.jpg)
CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak dibebas dengan jaminan
Seorang CEO sebuah anak syarikat milik kerajaan Negeri Perak yang ditahan SPRM dibebaskan dengan jaminan.
![Tuduhan terhadap Top Glove tidak berasas - Saravanan Tuduhan terhadap Top Glove tidak berasas - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595326221_TBAlienjpg.jpg)
Tuduhan terhadap Top Glove tidak berasas - Saravanan
Kebanyakan tuduhan terhadap Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) termasuk dakwaan terbabit dalam penggunaan buruh paksa adalah tidak berasas.
![PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES' PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81582994891_PKNS.jpg)
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
![TH fokus enam aspek perkasa institusi termasuk tadbir urus TH fokus enam aspek perkasa institusi termasuk tadbir urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51561951348_TabungHaji.jpg)
TH fokus enam aspek perkasa institusi termasuk tadbir urus
Agenda utama TH itu turut melibatkan pemerkasaan pentadbiran deposit, pengurusan haji, sumber manusia dan pengukuhan anak syarikat.