Malaysia sedang dan bakal menyaksikan lebih banyak lagi rakyat Rohingya yang akan membanjiri negara ini jika kerajaan Myanmar tidak menghentikan kekerasan terhadap mereka di wilayah Rakhine.
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Bastien Onn berkata Malaysia pasti menjadi destinasi utama mereka kerana lokasi, kemajuan ekonomi, agama Islam dan yang paling utama perasaan selamat di negara ini.
"Ini semua merupakan faktor kehadiran mereka d sini. Kerajaan Myanmar harus tahu implikasi daripada tindakan mereka bakal menimbulkan beban huru-hara kepada negara-negara jiran dan mewujudkan krisis kemanusian terbesar di rantau ASEAN.
"Lambakan rakyat mereka di sini menjadi masalah setempat yang perlu diatasi dan ASEAN harus duduk di meja perundingan bagi memastikan ada tindakan proaktif semasa dan selepas krisis d Rakhine," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: ATM pantau secara dekat isu Rohingya - Hishammuddin
BACA: Tabung 'Sinar4Rohingya - Solidariti Untuk Kemanusiaan' dilancar petang ini
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memantau secara dekat perkembangan isu penindasan masyarakat minoriti Islam Rohingya di Rakhine.
Jelasnya, beliau telah mengarahkan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk mencari jalan bagi membantu pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.
Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata sekiranya ATM tidak mendekati pelarian Rohingnya, kecenderungan untuk mereka mendekati kumpulan ekstremis adalah tinggi.
Dalam pada itu, tegas Bastien, kebimbangan yang dibangkitkan oleh Hishammuddin adalah sangat berasas dan harus diambil berat.
"Pelarian Rohingya merupakan mangsa yang tersepit. Manusia yang sedang dalam kesusahan mudah dimanipulasi. Ditambah pula sedang marah dan sedih.
"Wujud kebimbangan yang besar jika ada antara mereka yang lari dan berselindung di Malaysia merancang untuk memulakan gerakan militan kepada negara ini atau Myanmar sendiri.
"Sebab itu peri pentingnya isu pelarian bukan lagi perkara yang asing buat rakyat Malaysia," katanya.
Jelas Bastien, adalah sesuatu yang memalukan jika ASEAN yang sudah berusia 50 tahun tidak dapat menggendong masalah seperti itu secara bersama.
"Myanmar harus dipertanggungjawabkan dan ketetapan yang jelas perlu disusuli dengan penyelesaian.
"Apakah tindakan yang harus dilakukan kepada rakyat Rohingya yang memenuhi negara-negara jiran? Kekal tinggal atau dibawa pulang semula?" soalnya.
TONTON: Pengenalan data biometrik untuk pemegang suaka politik
TONTON: PBB desak komuniti dunia bertindak bantu etnik Rohingya
Kerana itu, ujarnya, pentingnya Malaysia mempunyai cara untuk memastikan kehadiran mereka berteduh dan berlindung di negara ini direkodkan secara sistematik.
"Kita memuji langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa mereka sedang melaksanakan pendaftaran biometrik bagi pelarian-pelarian ini.
"Ia memberi jaminan kepada rakyat Malaysia untuk tidak berasa bimbang dengan kehadiran mereka yang mencari perlindungan kerana kedudukan mereka dipantau dan direkod oleh KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Imigresen khususnya.
"Pelarian bukan lagi perkara yang asing buat rakyat Malaysia apatah lagi masyarakat dunia yang sudah memandang isu ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab menjadi warga dunia yang prihatin dan simpati," jelasnya.
Oleh yang demikian, kata Bastien, tindakan KDN memperkenalkan sistem pendaftaran biometrik adalah amat kena pada masanya.
"Dalam Malaysia memainkan peranan di rantau ASEAN ini, perlulah KDN mendaftarkan kehadiran mereka supaya menghilangkan kerisauan rakyat dengan ketibaan mereka yang ramai.
"Pendaftaran ini memudahkan pihak Imigresen dan PDRM untuk menjalankan tugasan mereka memantau pelarian dengan lebih lancar.
"Ini dapat membantu PDRM selari dengan hasrat Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang tidak mahu sebarang elemen militan pengganas berlaku d Malaysia," tegasnya.
Jelasnya, proses itu sekali gus akan mengurangkan kerisauan rakyat terhadap kehadiran pelarian di negara ini.
"Proses pendaftaran ini akan mengurangkan kerisauan rakyat terhadap kehadiran pelarian d Malaysia apabila mereka bukan lagi 'phantom' ataupun halimunan di bumi kita," katanya.
Astro Awani
Fri Sep 08 2017
BASTIEN: Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak lagi rakyat Rohingya di negara ini jika Kerajaan Myanmar tidak menghentikan kekerasan terhadap mereka. -Gambar fail
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).