Semua pihak perlu menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampong Bharu sebelum membuat sebarang perancangan untuk pembangunannya.
Setiausaha Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Samsuri Suradi berkata ia sekali gus membuat rancangan kawasan mana yang hendak dibangunkan selain peratus penduduk bersetuju atau tidak dengan pelan yang bakal dibentangkan kelak.
"Saya lihat kalau kita mengadakan bancian untuk memastikan berapa peratus yang hendak bangunkan sama-sama.
"Isu pokoknya adalah pemilikan, ibaratnya orang hendak jual tanah, adakah geran-geran itu semua sudah ada? Masalahnya tidak ada, itu isu pertama Kampong Bharu.
"Jadi dalam waktu sama kalau kita bagi tempoh tiga tahun, selesaikan isu tanah dahulu kedua kita rancang dahulu, mana (kawasan) kita hendak bangunkan, ketiga kita dapatkan pemaju-pemaju itu.
"Saya rasa dengan niat baik, dengan sokongan penduduk, perkara ini dapat dilancarkan, dijadikan realiti.
"Sebab kita kesian juga ini merupakan kawasan Melayu yang gagal dibangunkan oleh sebab kita tidak melihat apa kesilapan kita daripada mula hingga sekarang.
"Kita tidak boleh salahkan satu pihak sebab kejayaan itu harus dirasai bersama penduduk, pemilik dan pihak-pihak yang berkentingan dalam Kampong Bharu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.
BACA: Pembelian tanah RM1,000 sekaki di Kampong Bharu mungkin tidak dapat dilaksana - Menteri
BACA: Pembangunan Kampung Baru: Identiti orang Melayu dipertahankan
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menegaskan penawaran pampasan berjumlah RM1,000 sekaki persegi kepada pemilik tanah di Kampong Bharu tidak dapat diteruskan kerana hanya 61 peratus penduduk bersetuju terhadapnya.
Jelasnya, kaedah itu tidak dapat diteruskan kerana tiada sumber pembiayaan keseluruhannya bernilai RM7 bilion daripada Perbendaharaan bagi menampung jumlah bayaran berkenaan.
Dalam pada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan turut mengumumkan perangkaan pendekatan pembangunan baharu untuk tempoh 20 tahun akan datang sebagaimana yang ditetapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040.
Mengulas isu sama, bekas Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman menegaskan Annuar perlu mendedahkan data sebenar pemilik yang menghantar maklum balas untuk mengelakkan sebarang keraguan dalam isu pembangunan.
Data terakhir PPKB sebelum kerajaan bertukar tangan pada Mac 2020 menunjukkan 31 peratus iaitu 1,571 daripada keseluruhan 5,359 pemilik berdaftar menghantar borang maklum balas kepada perbadanan itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,499 pemilik telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan tanah mereka manakala 72 pemilik lagi tidak bersetuju.
"Pertama bila Anuar mula memberi respons 60 peratus tidak bersetuju dengan projek pembangunan tanah di Kampong Bharu.
"Apa yang disebut Annuar menimbulkan beberapa keraguan, yang pertamanya, kerana dia mengambil kedudukan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau gagal membentangkan sebarang pelan untuk Kampong Bharu menunjukkan beliau tidak ada minat untuk membangunkannya.
"Kedua, beliau gagal untuk meneruskan pelan sedia ada yang telah disediakan oleh kerajaan terdahulu untuk membangunkan Kampong Bharu, kemudian dia memberi alasan seolah-olah pelan yang ada dahulu ini tidak boleh dicapai kerana penduduk yang menolaknya," katanya.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Khalid Samad dilaporkan mahu membangunkan semula Kampong Bharu membabitkan pengambilan tanah dari lebih 5,300 pemilik dengan harga RM1,000 untuk satu kaki persegi iaitu RM850 tunai dan RM150 saham syarikat bertujuan khas (SPV).
Wan Syamsul Amly
Sun Sep 06 2020

Annuar sebelum ini menegaskan penawaran pampasan berjumlah RM1,000 sekaki persegi kepada pemilik tanah di Kampong Bharu tidak dapat diteruskan kerana hanya 61 peratus penduduk bersetuju terhadapnya. - Astro AWANI

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.