PUTRAJAYA: Sebaik selesai istiadat angkat sumpah di Istana Negara pada Isnin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus bergerak ke Putrajaya untuk melapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau tiba di bangunan KKM pada jam 5.15 petang dengan kehadiran beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Turut mengiringi Khairy adalah Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan disusuli Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang.
Sebaik tiba, Khairy mengimbas kod MySejahtera sebelum menerima pas keselamatan.
Semua tetamu kehormat kemudian bergambar di lobi berlatar belakangkan hiasan sempena Bulan Kebangsaan sebelum Khairy terus naik ke pejabatnya di Tingkat 13.
Sebaik tiba di tingkat berkenaan, beliau kemudian mengimbas cap jari pada mesin 'clock in' sebagai simbolik beliau melapor diri secara rasmi ke Kementerian Kesihatan.
BACA: Jemaah Kabinet Ismail Sabri selesai angkat sumpah
Khairy yang sebelum ini memegang portfolio Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dilabel sebagai antara menteri yang menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan barisan Kabinetnya pada Jumaat lepas menyenaraikan Khairy sekali lagi namun dengan portfolio berbeza, daripada MOSTI kepada KKM.
Menurut Ismail Sabri, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.
"Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik," katanya dalam siaran langsung yang turut disiarkan Astro AWANI.
Semua 31 menteri dan 37 timbalan menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Isnin.
Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bagaimanapun Perdana Menteri tidak dapat hadir kerana menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.
Ridauddin Daud
Mon Aug 30 2021
Khairy tiba di bangunan KKM pada jam 5.15 petang dan kehadiran beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
Kabinet Malaysia: Beri tumpuan segera kepada usaha pulihkan negara - Pengerusi PN
Pelantikan tersebut merupakan suatu amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan
Pelantikan Noraini mampu memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk meneruskan dasar-dasar yang telah diperkenalkannya sebelum ini.
Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM
Khairy tiba di bangunan KKM pada jam 5.15 petang dan kehadiran beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet
Kenderaan membawa Ahli-ahli Parlimen yang akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara mula memasuki pintu dua sejak jam 1.15 tengah hari tadi.
Takiyuddin tiada masalah tukar portfolio, puas hati komposisi Kabinet
Ahli Parlimen Kota Bharu dari Pas itu berkata, kementerian yang diterajuinya itu akan turut melibatkan aspek perundangan berkaitan tanah dan galian.