KUALA LUMPUR: Pelantikan semula Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi dilihat mampu memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk meneruskan dasar-dasar yang telah diperkenalkannya sebelum ini.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyambut baik pelantikan semula itu bagi membolehkan segala perancangan berkaitan kebajikan mahasiswa serta mahasiswi diteruskan.
Yang Dipertua MPP UTM Wan Akmal Nazirah Wan Ubaidillah berkata pihaknya menyokong inisiatif Noraini dalam perkongsian pandangan mahasiswa menerusi perjumpaan serta mesyuarat bersama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan KPT.
"KPT di bawah pentadbiran beliau juga telah mewujudkan inisiatif-inisiatif yang memfokuskan isu kebajikan mahasiswa seperti Ops Penghantaran Pelajar Pulang, Bantuan Pelan Data dan Peranti IPT (Institut Pengajian Tinggi) serta Diskaun Tiket Penerbangan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Jemaah Kabinet Ismail Sabri selesai angkat sumpah
Kenyataan MPP UPSI pula memaklumkan sesi libat urus yang dilaksanakan oleh Noraini bagi mendengar pandangan dan cadangan barisan kepimpinan pelajar IPT telah membawa kepada pelaksanaan bantuan kebajikan seperti Foodbank Siswa.
"Keprihatinan Datuk Seri dalam menangani masalah mahasiswa berkaitan isu pandemik COVID-19 dapat mengurangkan beban kami semua.
"MPP UPSI yakin dan percaya bahawa Datuk Seri dapat menyelesaikan isu yang timbul dalam kalangan mahasiswa," menurut kenyataan itu.
MPP UMT dalam satu kenyataan turut berterima kasih kepada Noraini atas inisiatif pengurangan yuran mahasiswa yang dilaksanakan semasa pandemik COVID-19.
"Beliau telah menunjukkan kematangan dalam menempuh tempoh yang mencabar semasa menangani permasalahan mahasiswa di era pandemik COVID-19.
"Diharapkan dengan pelantikan semula YB Datuk Seri Dr Noraini dapat memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk merealisasikan dasar serta perancangan KPT dalam menjaga kebajikan mahasiswa sekali gus meneruskan kecemerlangan mahasiswa dalam era norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
![Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630320318_DatukSeriDrNorain.jpg)
Datuk Seri Noraini Ahmad dan suami hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Kabinet Malaysia: Beri tumpuan segera kepada usaha pulihkan negara - Pengerusi PN Kabinet Malaysia: Beri tumpuan segera kepada usaha pulihkan negara - Pengerusi PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630324554_TBIstana.jpg)
Kabinet Malaysia: Beri tumpuan segera kepada usaha pulihkan negara - Pengerusi PN
Pelantikan tersebut merupakan suatu amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti
![Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630326514_FaizalAzumu.jpg)
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
![Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630320318_DatukSeriDrNorain.jpg)
Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diteruskan
Pelantikan Noraini mampu memberikan masa dan peluang kepada beliau untuk meneruskan dasar-dasar yang telah diperkenalkannya sebelum ini.
![Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630317069_MenteriKesihatan.jpg)
Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM
Khairy tiba di bangunan KKM pada jam 5.15 petang dan kehadiran beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630303696_TBKENDERAANAHLIPARL.jpg)
Ahli Parlimen tiba untuk Istiadat Angkat Sumpah Kabinet
Kenderaan membawa Ahli-ahli Parlimen yang akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara mula memasuki pintu dua sejak jam 1.15 tengah hari tadi.
![Takiyuddin tiada masalah tukar portfolio, puas hati komposisi Kabinet Takiyuddin tiada masalah tukar portfolio, puas hati komposisi Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627395512_Takiyuddin.jpg)
Takiyuddin tiada masalah tukar portfolio, puas hati komposisi Kabinet
Ahli Parlimen Kota Bharu dari Pas itu berkata, kementerian yang diterajuinya itu akan turut melibatkan aspek perundangan berkaitan tanah dan galian.