KUALA LUMPUR: Usaha bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas mengikut struktur “jabatan” untuk memantau semua kementerian pada 2016, adalah sesuatu yang wajar dipuji, kata Ahli Dewan Negara Liew Chin Tong.
Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata, malangnya, cadangan itu telah ditolak oleh Kerajaan Barisan Nasional itu, yang Pandikar sifatkan kepada beliau – “BN terlalu kuat ketika itu”.
Malah Chin Tong berkata, Pandikar sendiri mengakui sewaktu era beliau dan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalannya, mereka sering berasa ‘terseksa bersama’.
“Pandikar dan Wan Junaidi merasai tekanan daripada pihak eksekutif, lebih-lebih lagi daripada menteri yang menjaga hal-ehwal pentadbiran Parlimen.
“(Sehubungan itu) saya berharap, setelah melalui pengalaman-pengalaman ini, Wan Junaidi bersedia menjadi seorang pemimpin yang transformatif untuk mengubah Parlimen ke arah yang lebih baik, dan meninggalkan legasi yang beliau sendiri boleh dibanggakan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjadi panelis dalam Forum “Agenda Reformasi Parlimen” anjuran Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), yang disiarkan hari ini.
Turut menyertai forum itu ialah Pandikar sendiri, selaku mantan Speaker Dewan Rakyat dan Presiden USNO, serta Aktivis Politik, Atiqah Syairah Shaharuddin.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, Malaysia sewajarnya mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan pada tahun 1992, bagi menyesuaikan institusi tersebut dengan keperluan semasa.
Antara pembaharuan yang disifatkan perlu, kata beliau lagi, ialah pemansuhan peranan Ketua Pentadbir Parlimen supaya tugas pentadbiran Parlimen dikembalikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara, seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang asal pada tahun 1957.
Beliau berkata, Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu perlu memperkasa Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Ketua pihak kerajaan dan pembangkang, di dalam kedua-dua Dewan, untuk menguruskan Parlimen secara bersama.
Selain itu, Chin Tong berkata, jawatan Menteri Hal-Ehwal Parlimen perlu dimansuhkan dan penjawatnya boleh mengambil alih tugas sebagai Ketua Majlis atau Leader of the House mengikut kaedah Westminster.
“Walaupun peranan ini disandang oleh Perdana Menteri sebelum ini tetapi ia tidak semestinya begitu. Kebanyakan badan perundangan berkonsepkan Westminster yang matang melantik seorang Menteri Kanan untuk menjadi Ketua Majlis,” katanya lagi.
Chin Tong berkata, beliau menyambut baik kenyataan Wan Junaidi selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 7 September yang meletakkan transformasi sektor kerajaan, transformasi sistem Parlimen, dan MA63 sebagai KPI dirinya dalam tempoh 100 hari.
“Secara khususnya, beliau memberi komitmen untuk menumpukan usaha memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi mengembalikan kebebasan Parlimen, dan merangka satu akta baharu untuk menggantikan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
“Tetapi, seperti yang saya nyatakan di atas, banyak yang harus dilakukan untuk menjadikan Parlimen sebagai institusi yang berwibawa,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Thu Sep 09 2021

Para panelis dalam Forum -Agenda Reformasi Parlimen- anjuran Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), yang disiarkan hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).

Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.

1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.

MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.

Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024
Malaysia mencatat kutipan duti antilambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil.

Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.

Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.