Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai esok.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti hari ini, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.
"Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya di sini hari ini.
Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh.
Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383.
Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini.
Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula.
"Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula," katanya.
Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka.
Bernama
Thu Jun 20 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MPKB-BRI sahkan 19 premis dikaitkan GISB di Kota Bharu ditutup sepenuhya
MPKB-BRI mengesahkan bahawa 19 premis yang dioperasikan oleh GISB untuk pelbagai jenis perniagaan di sekitar Kota Bharu telah berhenti beroperasi.

Pusat Akuatik MBJB ditutup hingga 6 Ogos
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan penutupan serta-merta Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin hingga 6 Ogos ini.

19 pelajar alami pelbagai gejala, Pusat Akuatik MBJB ditutup
Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang mengkaji tahap air di pusat akuatik berkenaan.

Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.

Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan
Ia akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.

Jalan mendap: Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup
Sebahagian Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua jenis kenderaan bermula hari ini hingga 28 Jan berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan burung unta.

Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.

Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis
Polis mendapati kedai serbaneka yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di Taman Rishah sudah tidak beroperasi dan ditutup.

Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

PRK Pulai: Pusat undi awal Balai Polis Kempas tutup 12 tengah hari
Satu daripada dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai iaitu di Balai Polis Kempas, di sini ditutup tepat 12 tengah hari ini.