JOHOR BAHRU: Sebanyak 19 pelajar yang menyertai Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin pada Selasa hingga Khamis lepas, dirawat di hospital selepas dipercayai mengalami pelbagai gejala termasuk muntah, demam dan kulit gatal.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bagaimanapun berdasarkan laporan terkini, hanya seorang pelajar masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Beliau berkata susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang mengkaji tahap air di pusat akuatik berkenaan.
"Kita dapat laporan, 900 peserta ambil bahagian dalam kejohanan itu dan 19 daripadanya telah dimasukkan ke hospital setelah menyertai kejohanan terbabit.
"Tahap air di sini (Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin) sedang dikaji, sama ada ia memberi kesan kepada 19 pelajar tersebut. Insya-Allah keputusan laporan dapat pada Isnin (esok)," katanya pada sidang media selepas melawat pusat akuatik berkenaan hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Onn Hafiz turut mendoakan kesejahteraan kesemua pelajar yang terkesan sekali gus menjelaskan pusat akuatik itu akan ditutup buat sementara waktu untuk keselamatan orang ramai.
Beliau berkata pusat akuatik itu akan dibuka setelah kerja-kerja baik pulih dilakukan termasuk dari segi infrastruktur kolam renang dan kolam terjun yang dilihat telah berkarat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bagaimanapun berdasarkan laporan terkini, hanya seorang pelajar masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Foto Sinar Harian
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

19 pelajar alami pelbagai gejala, Pusat Akuatik MBJB ditutup
Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang mengkaji tahap air di pusat akuatik berkenaan.