KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajak masyarakat mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi orang tersayang dan negara tercinta. 

Pada  masa sama, masyarakat terus menjalankan tanggungjawab mendaftar vaksin. 
 
"Kawan-kawan yang belum register, tunggu apa lagi? Demi orang kesayangan, demi negara tercinta, dan demi pengorbanan frontliners kita.

"MCO 3.0 mesti ramai 'dikurung' dalam rumah tengok TV layan Euro, Copa, UFC, AGT. Jeles tengok stadium mereka penuh, orang ramai-ramai rilek jer! Vaksin tu memang menjadi kawan-kawan. Jom vaksin!" kata Chong Wei dalam status yang dimuat naik di laman sosial Instagram. 

Chong Wei turut berkongsi gambar-gambarnya selesai mengambil vaksin COVID-19 bersama isteri, Datin Wong Mew Choo pada Jumaat. 

"Semuanya berjalan lancar sekali. Ribuan terima kasih kepada frontliners kita yang kerja bertungkus lumus demi keselamatan dan kesihatan kami semua.