LABUAN: Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun sebaik sahaja mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Persekutuan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti bagi kira-kira 103,000 penduduk di pulau bebas cukai itu.
"Kami sudah bersedia untuk menawarkan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, hanya menunggu kebenaran dari Kerajaan Persekutuan sahaja," kata kepada Bernama hari ini.
Pada 27 Julai lepas, Labuan telah lengkap memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk dewasanya sekali gus menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan yang mencapai imuniti kelompok bagi memerangi COVID-19.
Jumlah itu meningkat kepada 82.44 peratus atau 56,471 daripada 68,500 penduduk dewasa yang layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), lengkap menerima dos kedua; dan sehingga semalam sekurang-kurangnya 97.08 peratus atau 66,500 orang dewasan menerima vaksin dos pertama.
Dr Ismuni berkata program vaksinasi menyeluruh untuk penduduk kampung berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksin telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk dan ketua kampung.
"Pasukan penjagaan kesihatan bergerak telah dibentuk baru-baru ini bagi meneruskan usaha vaksinasi dari rumah ke rumah untuk pesakit yang terlantar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU)," katanya.
Dr Ismuni berkata kaunselor berpengalaman juga akan disediakan tidak lama lagi bagi memberikan nasihat mengenai faedah vaksinasi kepada mereka yang masih berbelah bahagi dan mereka yang keberatan untuk mendapatkan imunisasi COVID-19.
"Kami berazam untuk memberi penerangan kepada antara lima hingga 10 peratus penduduk tempatan yang masih 'di atas pagar' mengenai vaksinasi. Kami percaya masih ada yang ragu-ragu mengenai vaksinasi.
"Walaupun ia bukan diwajibkan, kami akan berusaha untuk mencapai hampir 100 peratus sasaran imuniti kelompok. Akan ada lebih banyak sesi penerangan bersama golongan ini," katanya.
Dr Ismuni juga berkata kerjasama akan dijalin dengan pemain industri dan pemilik premis perniagaan mengenai vaksinasi untuk pekerja mereka, baik tempatan mahupun asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
![Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627624872_Vaksinator.jpg)
Rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti di Labuan. - Gambar fail Bernama.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645051624_vaksinCOVIDkan.jpg)
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
![PICKids Labuan berlangsung sebulan untuk vaksinasi 11,600 kanak-kanak PICKids Labuan berlangsung sebulan untuk vaksinasi 11,600 kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644223011_PICKids.jpg)
PICKids Labuan berlangsung sebulan untuk vaksinasi 11,600 kanak-kanak
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) yang bermula di sini hari ini dijangka berlangsung selama sebulan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
![Labuan mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Labuan mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634555796_DosPenggalak.jpg)
Labuan mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19
Jabatan Kesihatan Labuan mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi tiga fasa dengan hampir 20,000 orang bakal menerima dos ketiga mereka.
![Labuan mulakan vaksin remaja 16-17 tahun hari ini Labuan mulakan vaksin remaja 16-17 tahun hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631339502_PengarahKesihatanL.jpg)
Labuan mulakan vaksin remaja 16-17 tahun hari ini
Wilayah Persekutuan Labuan memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun hari ini.
![Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627624872_Vaksinator.jpg)
Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja
Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.
![COVID-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksin COVID-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624565294_Vaksinator.jpg)
COVID-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksin
Seramai 180 banduan di Penjara Labuan mula mendapatkan suntikan vaksin dos pertama semalam, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
![COVID-19: Model kawalan penyakit dan sokongan penduduk bantu pulihkan Labuan COVID-19: Model kawalan penyakit dan sokongan penduduk bantu pulihkan Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626425023_RithuanIsmailCITF.jpg)
COVID-19: Model kawalan penyakit dan sokongan penduduk bantu pulihkan Labuan
Model kawalan penyakit merupakan pendekatan yang diguna pakai Jabatan Kesihatan Labuan dalam memerangi sekali gus memulihkan wilayah persekutuan itu daripada penularan COVID-19.
![Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601653907_TerminalFeri.jpg)
Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni
Pembukaan sektor ekonomi dan industri di Labuan perlu melihat keadaan semasa COVID-19 selain mengambil kira program yang telah dirancang Jabatan Kesihatan Labuan.
![COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625222478_swabtest.jpg)
COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan
Operasi pengesanan kes aktif (ACD) besar-besaran diperluaskan ke dua kampung di sini iaitu Bebuloh Laut dan Bebuloh Darat bagi mengelakkan kemungkinan penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.
![COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61619959660_swab.jpg)
COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima
Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.