KUALA LUMPUR: Model kawalan penyakit merupakan pendekatan yang diguna pakai Jabatan Kesihatan Labuan dalam memerangi sekali gus memulihkan wilayah persekutuan itu daripada penularan COVID-19.
Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, kejayaan model itu juga mendapat kerjasama erat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan; pemimpin tempatan; Majlis Perwakilan Penduduk serta masyarakat Labuan dalam memastikan program pencegahan berjalan lancar.
"Kunci utama kepada kejayaan ini adalah apabila kita merangka model kawalan penyakit yang baik dan disokong JPBD yang proaktif, pemimpin selain masyarakat membeli 'benda' yang kita jual ini untuk kawalan bersama selain disiplin pada tahap tertinggi.
"Dengan sokongan semua pihak maka ia terbukti program vaksinasi berada di landasan yang sangat baik yang mana kita telah mencapai tahap terbaik," katanya dalam temubual menerusi program Roger Roger LabuanFM pada Jumaat.
Mengulas mengenai kenyataan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadikan Labuan sebagai contoh memerangi wabak itu, Dr Ismuni berkata, pihaknya dan warga Labuan masih belum menang dalam menangani COVID-19 memandangkan wabak tersebut ada dalam kalangan komuniti.
Katanya, program pembersihan akan terus dilakukan untuk membolehkan Labuan bertukar ke Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara.
"Ini bukan kejayaan lagi... kita masih dalam perjuangan untuk menghijaukan semula Labuan. Sekiranya kita mengekalkan disiplin yang tinggi dengan model yang bagus kita boleh berjaya melangkah ke fasa seterusnya," ujar beliau.
Sementara itu, Dr Ismuni menasihati penduduk Labuan supaya mengambil iktibar sambutan tanpa kawalan pada Hari Raya Aidilfitri lalu ketika mahu menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha minggu depan.
Katanya, ini adalah masa untuk warga Labuan 'berkorban' dengan hanya meraikan Aidiladha secara sederhana di rumah masing-masing sahaja.
"Besar harapan supaya kita mengambil iktibar apa yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri lalu... apabila kita membuat sambutan tanpa kawalan kita hampir lumpuh di Labuan (penularan jangkitan).
"Oleh itu untuk sambutan Hari Raya Aidiladha ini saya menyeru warga Labuan untuk berkorban dahulu ataupun tidak meraikan hari raya dengan keterlaluan, cukuplah (menyambut) di rumah," katanya.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021

Kejayaan model kawalan penyakit itu turut didorong kerjasama erat warga Labuan.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.

PICKids Labuan berlangsung sebulan untuk vaksinasi 11,600 kanak-kanak
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) yang bermula di sini hari ini dijangka berlangsung selama sebulan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Labuan mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19
Jabatan Kesihatan Labuan mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi tiga fasa dengan hampir 20,000 orang bakal menerima dos ketiga mereka.

Labuan mulakan vaksin remaja 16-17 tahun hari ini
Wilayah Persekutuan Labuan memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun hari ini.

Selepas capai imuniti kelompok, Labuan siap sedia beri vaksin kepada kanak-kanak, remaja
Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.

COVID-19: Banduan Penjara Labuan mula terima suntikan vaksin
Seramai 180 banduan di Penjara Labuan mula mendapatkan suntikan vaksin dos pertama semalam, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

COVID-19: Model kawalan penyakit dan sokongan penduduk bantu pulihkan Labuan
Model kawalan penyakit merupakan pendekatan yang diguna pakai Jabatan Kesihatan Labuan dalam memerangi sekali gus memulihkan wilayah persekutuan itu daripada penularan COVID-19.

Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni
Pembukaan sektor ekonomi dan industri di Labuan perlu melihat keadaan semasa COVID-19 selain mengambil kira program yang telah dirancang Jabatan Kesihatan Labuan.

COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan
Operasi pengesanan kes aktif (ACD) besar-besaran diperluaskan ke dua kampung di sini iaitu Bebuloh Laut dan Bebuloh Darat bagi mengelakkan kemungkinan penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

COVID-19: Kluster Layang-Layangan di Labuan menjangkit hingga generasi kelima
Kluster Layang-Layangan COVID-19 telah merebak hingga ke generasi kelima kes, menukarkan pulau bebas cukai ini kepada Zon Merah hari ini, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.