Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, BKK itu berdasarkan Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan dan prestasi individu kakitangan itu sendiri.
"Pada BKK kali pertama, insentif sebulan gaji telah diberi kepada semua penjawat awam.
“Bagi BKK kali kedua, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan minimum RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan kepada prestasi jabatan dan individu pada 24 Disember 2019 dengan implikasi kewangan sebanyak RM30 juta kepada perbelanjaan kerajaan negeri,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020, di sini pada Jumaat.
Menurut Amirudin, asas-asas pentadbiran yang berorientasikan keadilan serta reformasi, bersendikan integriti terus dipertahan dan pembangunan dalam konteks terkini digembleng bersama agenda pemberdayaan rakyat.
“Kita seharusnya mampu menyesuaikan dengan keadaan dan situasi demi memastikan negeri dapat merentasi setiap dugaan dan rintangan dengan syarat bahtera kekal stabil, utuh dan teguh.
“Makanya, nakhoda dan anak-anak kapal harus berganding bahu memastikan layar sentiasa terkembang agar haluan bahtera tidak terpesong dari tujuan.
“Begitulah arah tuju negeri Selangor menuju negeri pintar serantau menjelang tahun 2025 dan membuka langkah di tahun 2020 demi melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama,” ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Nov 01 2019
![Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572603650_TBSELANGORjpg.jpg)
Amirudin Shari mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di Selangor pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Belanjawan Selangor 2020: Tiada pengurangan perbelanjaan mengurus, pembangunan - Ketua Pembangkang Belanjawan Selangor 2020: Tiada pengurangan perbelanjaan mengurus, pembangunan - Ketua Pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61572618317_rizamismailketua.jpg)
Belanjawan Selangor 2020: Tiada pengurangan perbelanjaan mengurus, pembangunan - Ketua Pembangkang
Kerajaan Selangor tidak mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan walaupun negeri itu mencatat penurunan sebanyak RM230 juta berbanding tahun lepas.
![Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572603650_TBSELANGORjpg.jpg)
Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji
Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri itu.
![6,379 Rumah Selangorku akan dibina pada 2020 6,379 Rumah Selangorku akan dibina pada 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61572601582_TBSELANGORjpg.jpg)
6,379 Rumah Selangorku akan dibina pada 2020
Selangor akan membina 6,379 unit Rumah Selangorku menerusi 19 projek perumahan khusus buat rakyat negeri itu pada tahun 2020
![Belanjawan Selangor 2020 peruntuk RM2.33 bilion Belanjawan Selangor 2020 peruntuk RM2.33 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71572599730_TBSELANGORjpg.jpg)
Belanjawan Selangor 2020 peruntuk RM2.33 bilion
Anggaran Belanjawan Selangor tahun 2020 berjumlah RM2.33 bilion