PUTRAJAYA:Selangor kekal menjadi negeri tertinggi penularan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 277 kes.

Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 9 Disember:

1. 959 kes baharu COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini ialah 76,265 kes.

2. Lima kes kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes kematian kini adalah sebanyak 393 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 10,748 kes.

4. 127 kes sedang dirawat di ICU, dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM kesan pertambahan empat kluster baharu.

BACA: COVID-19: 959 kes baharu, lima lagi kes kematian dicatat