SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengutip sebanyak RM392,000 daripada warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dikuatkuasakan pada Mac 2021.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.
Menurutnya, kadar warga asing menggunakan perkhidmatan awam itu berdasarkan purata imbasan (ridership) adalah seramai 20,500 orang sebulan.
"Sehingga kini, terdapat 140 Bas Smart Selangor di 44 laluan yang ditetapkan di semua pihak berkuasa tempatan ( PBT) berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Ditanya adakah kerajaan Selangor bercadang menaikkan kadar caj 90 sen kepada warga asing, Sze Han memberitahu, setakat ini tiada cadangan mengenai perkara itu.
"Perkhidmatan awam lain seperti sekolah dan hospital turut mengenakan caj kepada warga asing, jadi kita tidak sepatutnya melihat caj 90 sen ini sebagai satu bentuk diskriminasi kepada mereka (warga asing).
"Keutamaan kerajaan negeri pada masa ini ingin menggalakkan rakyat di negara ini khususnya di Selangor menggunakan pengangkutan awam termasuk Bas Smart Selangor," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023

Purata seramai 20,500 warga asing menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sebulan. Gambar kecil: Sze Han
Rindu gulai ikan temenung ayah
Ramadan tahun ini, tiada lagi gulai ikan temenung dan alunan susara ayah membawa ayat suci Al-Quran di rumah.

SBP sedia terima 70 peratus pelajar pilih aliran STEM - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata cadangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini adalah selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan KPM.
Fadillah sahkan sudah terima surat permohonan PN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau baharu menerima surat berkenaan yang dihantar oleh Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Islam tidak mengajar hina agama lain – Mohd Na’im
Sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam tidak akan dibiarkan seiring dengan ajaran agama itu yang turut melarang perbuatan menghina agama lain.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
DAP tidak undang BN, bukan BN boikot
DAP menepis dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot penganjuran Kongres DAP Ke-18 hari ini.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).

E-Sukan mampu sumbang pingat di Sukan Asia 2026 - Adam Adli
Sukan elektronik (e-sukan) dijangka mampu menyumbang kutipan pingat buat kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Perbuatan manusia punca lebih 100 hektar kebakaran hutan
Perbuatan manusia dipercayai menjadi punca lebih seratus hektar kawasan kebun nenas dan hutan di Kampung Cenderawasih, Pahang terbakar sejak awal bulan lalu.

Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan.

Zelensky tolak penyerahan wilayah kepada Rusia sebagai syarat gencatan senjata
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Sabtu menolak sebarang penyerahan wilayah kepada Rusia sebagai langkah ke arah gencatan senjata.

Polis terima laporan pelajar sekolah asrama penuh di Teluk Intan didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.

Selangor kutip RM392,000 daripada penumpang warga asing
Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj 90 sen dikenakan kepada warga asing setiap kali mereka menaiki Bas Smart Selangor.

Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.

Warga asing guna bas Smart Selangor dikenakan caj 90 sen
Warga asing yang menggunakan Bas Smart Selangor akan dikenakan caj sebanyak 90 sen bermula 15 Mac ini.