"Pendiran kami adalah kami tidak mengiktiraf wilayah Ukraine yang diduduki sebagai sebahagian daripada Rusia dalam apa jua keadaan," kata Zelensky kepada pemberita.
Beliau mengesahkan bahawa kemungkinan penyerahan wilayah telah dibincangkan dalam mesyuarat antara delegasi Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi pada 11 Mac.
Zelensky menyatakan bahawa Washington mengambil kira pendirian Kyiv mengenai perkara itu.
Beliau menegaskan bahawa isu wilayah adalah "kompleks" dan perlu ditangani kemudian di meja rundingan.
-- BERNAMA
