"Sebentar tadi, saya menerima surat penting daripada Presiden Zelenskyy dari Ukraine. Surat itu menyatakan, "Ukraine bersedia untuk duduk di meja rundingan secepat mungkin bagi keamanan yang berkekalan. Tiada siapa yang inginkan keamanan lebih daripada rakyat Ukraine...
"Saya dan pasukan saya bersedia untuk bekerjasama di bawah kepimpinan teguh Presiden Trump bagi memperoleh perdamaian yang berkekalan.
"Mengenai perjanjian mineral dan keselamatan, Ukraine sedia untuk menandatanganinya pada bila-bila masa dan dalam apa jua format yang sesuai," kata Trump, memetik surat itu.
Zelenskyy turut mengucapkan penghargaan atas apa yang telah dilakukan oleh Washington untuk membantu Ukraine.
"Saya menghargai bahawa beliau mengirimkan surat ini. Saya baru menerimanya sebentar tadi," kata presiden AS itu.
Trump juga menegaskan bahawa dalam masa yang sama, mereka mengadakan perbincangan serius dengan Rusia dan beliau menerima "isyarat kuat" bahawa Rusia bersedia untuk berdamai.
-- BERNAMA
