MUAR:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima sebanyak 1,929 aduan berhubung kes keganasan rumah tangga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata daripada keseluruhan aduan itu, Selangor dan Johor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan kes dengan masing-masing sebanyak 375 dan 264 aduan.
Bercakap kepada media selepas melawat Depot Keperluan Bencana Zon Selatan di Parit Keroma di sini hari ini, beliau berkata aduan yang diterima menerusi Talian Kasih 15999 itu melibatkan kes keganasan fizikal, emosi dan seksual.
"Sebab itu di dalam Belanjawan 2021, kita menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat untuk memberikan perlindungan kepada mangsa yang mana projek rintisnya akan dimulakan di Johor dan Selangor," katanya.
Pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas menyaksikan antara lain kerajaan mengumumkan peruntukan RM21 juta bagi menyediakan pusat sokongan sosial setempat sebagai usaha menangani isu keganasan rumah tangga.
Pusat yang akan dikendali dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan itu menyediakan perlindungan sosial serta sokongan moral kepada golongan wanita bagi mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020
Selangor dan Johor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan kes dengan masing-masing sebanyak 375 dan 264 aduan. -Gambar hiasan
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Motif pembunuhan dua beranak dipercayai akibat keganasan rumah tangga - Polis
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Pempengaruh Indonesia Cut Intan Nabila dedah video dipukul, suami ditahan
Pempengaruh Cut Intan Nabila memuat naik video mengejutkan di media sosial yang menunjukkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Armor Toreador.
Lelaki didakwa takutkan isteri dengan gunting
Seorang ahli pengurusan jenazah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Khamis, atas tuduhan menakutkan isteri menggunakan gunting.
Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai
Seorang lelaki ditahan polis di sini selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup di Tangerang.
Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah perlindungan di Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat
Suspek memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.