Kerajaan Selangor mengambil ketetapan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan dilanda jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, iaitu tahap sangat tidak sihat.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian dalam satu kenyataan berkata langkah itu dipersetujui semasa Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri juga diaktifkan apabila IPU mencatatkan bacaan antara 151 hingga 200 iaitu tahap tidak sihat melebihi 24 jam selain kerajaan negeri akan membekalkan 'dust mask' kepada orang awam.
"Semua sekolah, tadika dan taska diarah tutup dengan serta merta apabila IPU mencatatkan bacaan melebihi 200 setelah mendapat pengesahan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.
"Bagi menangani isu pembakaran terbuka dan jerebu yang melanda Selangor kini, kerajaan negeri akan menggunapakai Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim jerebu kini.
"Orang ramai diminta untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan bekerjasama memadamkan kebakaran kecil serta melaporkan kes-kes kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.
"Semua pihak juga digesa supaya tidak membiarkan tanah atau premis mereka dimasuki dan dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlaku pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja," katanya.
Tegas Hee, mana-mana pihak didapati melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Katanya, kompaun maksimum berjumlah RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa mengikuti perkembangan maklumat kualiti udara semasa melalui laman web JAS atau aplikasi 'Mobile Indeks Pencemaran Udara' atau MyIPU yang boleh dimuat turun di telefon pintar.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan pembakaran terbuka dengan menghubungi JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Ibu Pejabat JAS Malaysia di talian 03-8871 2000 atau menghubungi Bilik Kawalan JAS Selangor di talian 03-55197233.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 7 pagi ini, IPU di Johan Setia, Klang menunjukkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 209 manakala lima lagi kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Shah Alam (133), Klang (124), Banting (122), Petaling Jaya (135), dan Kuala Selangor (109).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
LOY SIAN: Semua sekolah, tadika dan taska diarah tutup serta merta apabila IPU catat bacaan lebih 200. -Gambar fail
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Selangor ambil langkah kawalan pencemaran di Sungai Buloh
Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah, sedang dan akan melaksanakan beberapa langkah kawalan pencemaran sungai di Sungai Buloh.
Selangor kenal pasti lokasi bina ladang solar berskala besar
Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti lokasi untuk membina ladang solar (solar farm) berskala besar, terutamanya di kolam-kolam terbiar di negeri tersebut.
Selangor bakal lancar bas HOHO April depan
Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan.
Pantai Sungai Kajang adalah kawasan hutan simpan paya bakau
Tindakan JPNS menyita kawasan itu adalah langkah untuk memelihara hutan simpan paya bakau tersebut.
Selangor sasar lebih 3.5 juta pelancong pada tahun ini
Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.
Sidang DUN: Selangor tubuh jawatankuasa pemantau projek pembangunan pelancongan KSNP
Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau projek bagi memastikan segala syarat dan piawaan pembinaan Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) dipatuhi.
Lapan premis ternak babi dikenal pasti punca pelepasan air kotor, berbau di Tanjung Sepat
Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco
Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.
Perhilitan Selangor selamatkan beruang terkena jerat
Operasi menyelamat beruang seberat 46 kilogram itu disertai oleh kakitangan Perhilitan Selangor dan Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai.
Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.