Jawatankuasa khas perlu dibentuk segera oleh kerajaan negeri dan pusat bagi memastikan Tanah Rizab Melayu tidak disalahgunakan.
Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata ia perlu dilaksanakan segera sebelum terlewat.
"Pihak berkaitan perlu memandang serius isu tanah rizab Melayu yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan negara sebelum segala usaha menyelamatkannya terlambat," ujarnya dalam temubual eksklusif Astro AWANI baru-baru ini.
Jelasnya penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.
"Peruntukan sebanyak 50 peratus untuk kaum Melayu telah ditetapkan sendiri oleh Majlis Raja-Raja dan ia menjadi sebahagian syarat kemerdekaan negara.
"Majlis Raja-Raja turut mempersetujui bahawa baki 50 peratus lagi tanah Melayu boleh direbut oleh kaum lain termasuk Melayu," ujarnya.
Menurut Tan Sri Abdul Aziz lagi, Enakmen Rizab Melayu ERM atau Undang-undang Tanah Rizab Melayu telah diperkenal British seawal 1930-an.
ERM mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.
Negeri-negeri lain kemudiannya turut mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu.
British menurut Tan Sri Abdul Aziz tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Jelasnya lagi, ia diilhamkan oleh British setelah melihat beberapa perkara melibatkan orang asal dan Melayu di tanah Melayu ketika itu yang dilihat akan menghadapi kesukaran bersaing dengan kaum lain.
"British ketika itu telah melakukan kajian yang terperinci dan menemui bahawa Orang Asal dan Melayu akan berdepan kesukaran bersaing dengan kaum lain dari sudut ekonomi.
"Maka melalui enakmen itu penduduk asal akan mempunyai peluang untuk merancang pembangunan dan memiliki tanah sendiri untuk dibangunkan," ujarnya.
Tan Sri Abdul Aziz bagaimanapun melahirkan kekesalan apabila segala usaha yang telah dibuat sebelum merdeka, di ambang merdeka dan selepas merdeka telah dipersia.
Kesan dari kurangnya keprihatinan itu jelasnya telah menyumbang kepada masalah ekonomi khususnya melibatkan kaum itu.
"Hari ini jangan kata kita nak lihat 50 peratus, hendak lihat 20 peratus pun susah.
"Di Kuala Lumpur hari ini hanya tinggal 2 peratus dan di Putrajaya setahu saya tiada langsung rizab Melayu," ujarnya.
Mengulas mengenai usaha kerajaan negeri Johor yang meningkatkan tanah rizab melayu daripada 22.8 peratus tahun lepas kepada 29.2 peratus pada tahun lalu, Tan Sri Abdul Aziz berkata ia perlu dicontohi dan disegerakan tindaknnya oleh negeri lainnya.
"Saya sokong usaha yang telah dibuat beberapa negeri yang cuba meningkatkan tanah rizab Melayu di negeri masing-masing.
"Secara purata peratus maksima tanah rizab Melayu di negeri terlibat hanya sekitrar 20 peratus," ujarnya.
Tan Sri Abdul Aziz berkata inisiatif pewujudan enakmen tersebut termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia perkara 2.
Mengimbau perebutan ekonomi antara kaum pada 1969, Tan Sri Abdul Aziz berkata kerajaan semasa ketika itu telah mengilhamkan Dasar Ekonomi Baru (NEP).
Beliau yang terlibat secara langsung dalam pengubalan polisi ekonomi itu berkata, usaha dasar itu adalah untuk kaum Melayu semata-mata.
"Selepas tragedi berdarah itu, kerajaan telah berbincang dan menetapkan dasar baru itu untuk membantu kaum Melayu untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi negara dan seterusnya memajukan lagi kaum Melayu.
"Usaha itu berjaya sebenarnya dengan apa yang telah kita dekad-dekad selepas itu, tetapi hari ini ia tidak lagi berkisar tentang cerita sama kerana dasar itu telah tiada lagi," ujarnya.
Tan Sri Abdul Aziz berkata rentetan rencatan kelangsungan dasar itu mungkin menjadi punca kepada penurunan tanah rizab Melayu dan mengakibtkan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti yang berlaku di Tanah Rizab Melayu Sg Kuyoh.
"Dulu ia berjaya dilaksanakan dengan keprihatinan semua pihak namun sekarang ia seolah-olah tidak lagi dipedulikan.
"Jika benar ada usaha untuk melihat kaum Melayu maju seiring pembangunan negara maka jawatankuasa khas itu perlu dibentuk segera dan semua pihak perlu serius demi mempertahankan hak sebenar orang Melayu," kata beliau.
Tan Sri Abdul Aziz turut berpesan agar kaum itu perlu mula ambil tahu mengenai hak mereka dan berusaha dari sekarang demi generasi akan datang.
"Itu hak orang Melayu. Kalau bukan orang Melayu untuk mempertahankannya, siapa lagi?" ujarnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Oct 07 2016
![Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475846791_kampungmelayu.jpg)
Isu tanah rizab Melayu adalah sesuatu yang termaktub dalam Perlembagaan. - Gambar fail
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
![Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619583525_AmrinAwaluddin.jpg)
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
![Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579739024_AbdulAziz.jpg)
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Anak Allahyarham, Anita Azrina mengesahkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser esofagus.
![Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476319606_TSAbdAzizAbdRahman.jpg)
Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu.
![Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475846791_kampungmelayu.jpg)
Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz
Penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.
![Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460274828_950x600.jpg)
Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, platform kuasa politik jelas bersumberkan kuasa rakyat dan datang daripada rakyat sendiri.
![Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61426320369_295x200.jpg)
Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam menolak usul untuk menarik balik kenyataan media Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
![Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61409495673_295x200.jpg)
Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah
Majlis Peguam perlu menegur anggota Parlimen dan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81410587079_295x200.jpg)
Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM
Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.
![Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14 Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61358494657_295x200.jpg)
Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan mewujudkan kumpulan pemikir bagi membantu Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
![Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81409474454_295x200.jpg)
Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?