Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu dan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah, Ryanair.
Tegas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Bellew seharusnya tidak melupakan tanggungjawab yang telah dipersetujui bersama MAB.
Namun, beliau optimis bahawa keputusan Bellew itu memberi peluang kepada orang tempatan untuk menggalas tanggungjawab memacu kejayaan MAB.
"Tindakan beliau (Bellew) bersifat pentingkan diri dan lupa akan tanggungjawab yang dipersetujui dengan MAB.
"Namun, tidak mengapa (peletakan jawatan). Kini kita perlu melantik orang tempatan untuk menggalas tanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Abdul Aziz meminta Khazanah Naisonal Berhad (Khazanah) tidak mengulangi kesilapan dengan melantik orang luar mengemudi pentadbiran MAB.
Sebaliknya, ujar beliau Khazanah perlu melihat kebolehan yang dimiliki anak tempatan berbanding orang luar selain enggan menamakan mana-mana individu tempatan yang disifatkan layak memimpin MAB.
"Ini kesilapan kita (melantik orang luar). Malah ia kesilapan besar apabila dua orang luar telah berhenti (Christoph Muller dan terbaharu, Bellew)," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz melahirkan rasa sedih berhubung situasi yang melanda syarikat penerbangan nasional itu termasuk perletakan jawatan Bellew.
"Saya rasa amat sedih. Mula-mula mereka bubar Malaysia Airlines dan wujudkan MAB, selepas itu mereka buang hampir 7,000 pekerja, jurutera, juruterbang yang kita latih berpuluh tahun, saya cukup sedih," katanya.
Abdul Aziz pernah memimpin Malaysia Airlines selama 10 tahun selaku Pengarah Urusan dan CEO serta meninggalkan syarikat itu pada tahun 1991.
Pada ketika itu Malaysia Airlines mempunyai tunai RM5 bilion dan mempunyai kehadiran di semua benua.
Najib Aroff
Wed Oct 18 2017
![Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476319606_TSAbdAzizAbdRahman.jpg)
Abdul Aziz sifatkan Bellew pentingkan diri meninggalkan MAB. - Foto fail Bernama.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619583525_AmrinAwaluddin.jpg)
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
![Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579739024_AbdulAziz.jpg)
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Anak Allahyarham, Anita Azrina mengesahkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser esofagus.
![Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476319606_TSAbdAzizAbdRahman.jpg)
Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu.
![Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475846791_kampungmelayu.jpg)
Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz
Penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.
![Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460274828_950x600.jpg)
Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, platform kuasa politik jelas bersumberkan kuasa rakyat dan datang daripada rakyat sendiri.
![Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61426320369_295x200.jpg)
Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam menolak usul untuk menarik balik kenyataan media Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
![Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61409495673_295x200.jpg)
Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah
Majlis Peguam perlu menegur anggota Parlimen dan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81410587079_295x200.jpg)
Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM
Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.
![Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14 Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61358494657_295x200.jpg)
Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan mewujudkan kumpulan pemikir bagi membantu Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
![Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81409474454_295x200.jpg)
Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?