KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa langkah menyelamatkan negara dan melindungi hak rakyat adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Susulan itu, Anwar berkata beliau tidak kisah kedudukan Malaysia jatuh dalam laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) baru-baru ini kerana negara mengambil tindakan keras terhadap ketaksuban dalam isu perkauman dan agama.
"Saya tidak kisah, tak mengapa jika kedudukan negara kita diturunkan hanya kerana kita mengambil tindakan keras terhadap golongan yang fanatik dalam isu perkauman dan agama kerana bagi saya, untuk menyelamatkan negara ini dan melindungi hak rakyat majoriti serta minoriti adalah lebih penting daripada memperoleh markah yang tinggi bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"Jika anda membiarkan ketaksuban dalam isu perkauman atau fasisme atau agama membiak maka anda perlu menjangkakan kemungkinan wujudnya ketidakharmonian agama," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga kepada tempat ke-107 berbanding ke-73 tahun lepas dengan markah 52.07 mata.
Sebaliknya, Anwar berkata demokrasi yang bertenaga tidak boleh matang tanpa kebebasan media dan golongan yang diberikan kuasa untuk menguruskan ekonomi serta negara harus menerima hakikat ini.
Beliau berkata demokrasi melibatkan serta memerlukan media yang bebas, ruang dan kebebasan untuk mengeluarkan idea, pandangan serta maklumat.
"Kalau tidak ada kebebasan, tidak akan ada pencernaan karya-karya hebat dan agung baik dalam sastera, budaya atau politik. Semua itu tidak dapat dicernakan tanpa rasa bebas mengungkap dengan sebaiknya, tetapi apa batasannya?
"Batasannya adalah apabila kita menggunakan ruang untuk memecahbelahkan, menanam bibit permusuhan yang akan meruntuhkan sendi negara ini. Sebab itulah kita punyai tugas dan tekad politik untuk menyatakan batas yang diperlukan
"Ia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pandangan terutama di barat, sebab itu saya katakan dalam era pascanormal yang disebut chaos, complex dan penuh dengan pertembungan itu menuntut kita juga memikir kaedah yang benar," katanya.
Perdana Menteri berkata isu melibatkan 3R (agama, kaum dan raja) bukan untuk menakutkan atau menggambarkan seolah-olah ia tidak boleh 'disentuh' langsung sebaliknya ia adalah untuk melindungi negara daripada perpecahan.
"Saudara boleh tegur soal kaum, boleh cadang dan kemukakan pandangan. Sekarang ini digunakan kononnya tidak boleh disinggung soal 3R (tapi) 3R yang merosakkan, memecahbelahkan, menghasut dan menghina kaum, agama itu tidak dibenarkan.
"... kalau bicara (contohnya) perlu ada pandangan tertentu (melibatkan soal 3R), itu tidak ada masalah. Jadi jangan digunakan hujah seolah-olah (isu 3R) tidak boleh disentuh (langsung), itu sama sekali tidak benar," katanya.
Anwar juga berkata media mempunyai tanggungjawab dan cabaran yang jauh lebih besar berbanding generasi sebelumnya terutama dalam mengangkat martabat serta membina manusia baharu.
"Sebab itu perlu ada kod etika. Etika kewartawanan ini bukan meletakkan sesuatu yang dipaksa daripada penguasa atau kerajaan tetapi ialah kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa. Mengangkat harakat bangsa itu bererti menggapai alam yang diterokai termasuk digital dan AI (kecerdasan buatan) tetapi tidak pernah harus lupa untuk mengakar ke bumi.
"Mengakar itu bererti nilai kemanusiaan, nilai akhlak dan etika kerana manusia itu tidak tertegak hanya dengan AI, pembangunan, infrastruktur tetapi ia tertegak dengan kekuatan fizikal, keindahan teknologi tetapi dengan nilai kemanusiaan. Ini nilai terbesar kepada kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar berduka, rakam takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia hari ini.
PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
PM zahir penghargaan kepada petugas kebudayaan jayakan program rasmi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada petugas kebudayaan atas curah bakti yang diberikan dalam menjayakan pelbagai program rasmi negara.
PM Anwar hadir Malam Manifestasi Tiga Seni
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik malam ini.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.