Secara amnya, masalah yang sering disuarakan oleh para penduduk kota tentang kesinambungan seni kita adalah “masalah kita sebagai rakyat negara membangun, adalah kurangnya proses dokumentasi dan penghargaan kepada karya seni yang pernah ada”.
Sejak kebelakangan ini, wujudnya suatu perbincangan ataupun persoalan di antara para seniman dan pencinta karya seni tentang projek penambahbaikan yang berlaku di bangunan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) yang telah bermula pada pertengahan tahun lepas.
Mereka mulai merpersoalkan kredibiliti pihak yang melaksanakan projek tersebut dan mereka mulai bimbang tentang karya mural yang dihasilkan oleh Tuan Hj Ismail Mustam itu.
Karya yang bertemakan ‘Cara Hidup di Malaya dan Bahasa Kebangsaan’ itu memaparkan 5 sosok di sebalik buku dan buku itu melambangkan sarana utama untuk menyatukan keberagaman nilai-nilai dan prinsipal yang wujud di dalam rakyat negara.
Lukisan itu dilukis sewaktu En. Ismail berada di tingkatan 5 sewaktu belajar di Victoria Institution yang terletak di Kuala Lumpur.
Pada 11hb Mac 2015 telah berlangsung satu taklimat yang dianjurkan oleh pihak urusan DBP dan pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan proses penambahbaikan dan pemuliharaan, iaitu Prof A. Ghafar Ahmad, En. Razak Wong dan juga En. Viveganant daripada GDP Architects.
Turut hadir adalah pihak-pihak dari Jabatan Warisan Negara, Jabatan Arkib Negara dan juga Jabatan Kerja Raya yang turut terlibat selaku pihak penyelia projek tersebut.
Mereka dengan jelas menyatakan bahawa karya ini harus dikekalkan seadanya, dan mereka menjelaskan langkah-langkah pemulihan dengan cara yang terperinci.
Prof A. Ghafar Ahmad menyatakan, “Antara sebab-sebab mereka melakukan penambahbaikan dan pemuliharaan mural yang diwujudkan melalui susunan mozek itu adalah kerana mozek itu telah rapuh pelekatnya, oleh kerana wujudnya kebocoran air tandas di sebalik dinding mural tersebut.”
Katanya lagi, “Faktor-faktor lain adalah akibat gegaran yang berterusan daripada kawasan trafik, kelembapan yang terhasil daripada lindungan pokok besar, kawasan rekahan yang memudahkan lagi kelembapan dan juga jangka usia substratum yang berperanan sebagai pelekat mozek tersebut.”
En. Razak Wong sebagai salah seorang daripada pihak konservatori GDP pula menyatakan, “Mural seluas 221 meter persegi itu bakal dipelihara dan dipasang semula melalui dua cara yang utama iaitu pengimbasan laser 3D dan pendekatan menangkap gambar. Pengimbasan laser 3D bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan tona warna mozek manakala gambar ditangkap untuk mengesan warna yang ada. Proses penyusunan semula bakal dibimbing oleh dua grid: besar yang berukuran 900mm x 900mm dan juga kecil yang berukuran 300mm x 300mm.”
Penerangan diteruskan oleh individu ketiga iaitu En. Viveganat yang menerangkan, “Mozek yang telah rosak bakal dipesan semula dan warna yang baru akan mengikuti tona warna waktu ini, iaitu warna yang sedikit pudar daripada warna asal. Pihak konservatori projek ini menyatakan bahawa tatacara yang bakal dilakukan telah mengikut kelulusan pihak JKR dan DBP.”
Mereka dengan sukacitanya menyatakan bahawa program penambahbaikan dan pemuliharaan ini adalah yang pertama di Malaysia dan disusuli oleh projek di Muzium Negara yang masih berada di tahap merekod data dan gambar mural yang lama di sana.
Projek ini bakal dijadikan laporan dan rujukan bagi pihak yang ingin melakukan projek penambahbaikan dan pemuliharaan mural yang lama.
Mural DBP dijangka siap pada hujung tahun 2015.
Daily Seni
Sun Mar 15 2015

Menjenguk projek pemuliharaan dan pembaharuan mural pertama di Malaysia yang terletak di dinding bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerajaan sedia RM5 juta kepada Yayasan Karyawan, usaha martabat karya klasik - PM Anwar
Sebanyak RM5 juta peruntukan disediakan bagi Yayasan Karyawan dalam usaha mengangkat karya agung dan klasik melibatkan dunia Islam dan khazanah Melayu.

Selamatkan mural DBP!
Menjenguk projek pemuliharaan dan pembaharuan mural pertama di Malaysia yang terletak di dinding bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.