Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, kata Datuk A. Kadir Jasin.
Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, sejauh mana beliau tahu, seseorang tertuduh masih boleh membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah jika ia tidak berkaitan dengan kes yang dihadapinya.
"Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalangnya. Saya tidak fikir ada orang menyokongnya selepas mereka menyingkirkan dia. Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk 'Pasca 9 Mei – Di Manakah Kita Menuju dalam Malaysia Baharu' anjuran firma guaman, Lee Hishammuddin Allen dan Gledhill, di sini pada Khamis.
BACA: Najib kirim soalan matematik untuk PH
BACA: "Kenapa nak hina? Rakyat Kelantan juga rakyat Malaysia" - Najib
BACA: Hentikan temu bual, Najib dakwa Al Jazeera tidak adil kepadanya
Kepada soalan mengapa Najib tidak memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga, A. Kadir berkata beliau juga hariran dengan keputusan SPRM itu, sambil menegaskan setiap orang yang ditangkap oleh suruhanjaya itu perlu diperlakukan sama-rata.
Sambil menggesa hadirin yang sebahagian besarnya adalah peguam untuk menyuarakan perkara itu, beliau menegaskan keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah perlu dilihat telah ditegakkan.
"Saya pasti ada saiz yang padan dengan beliau. Saya tetap percaya bahawa kita perlu mendesak supaya setiap orang diberi layanan sama," katanya.
Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 Sept mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tidak digari atau memakai baju lokap.
Mengenai dakwaan bahawa kerajaan hanya mendakwa pemimpin daripada era Najib manakala pemimpin daripada era Dr Mahathir pula dilindungi, A. Kadir menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih.
"Najib adalah daripada era Tun Mahathir, dan Tun Mahathir jugalah yang menjadikan beliau menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
![Selagi tak langgar undang-undang, Najib bebas bercakap - A. Kadir Jasin Selagi tak langgar undang-undang, Najib bebas bercakap - A. Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542316424_najibrazak.jpg)
Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 September lalu.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin 'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/81561866623_KADIRJASIN.jpg)
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
![Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614828521_bersatu.jpg)
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
![Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61582866670_AKadirJasin.jpg)
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
![Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/61561445100_AKadirJasin.jpg)
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
![[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman [KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524481292_logoPPBM.jpg)
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
![Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582863673_AKadirJasin.jpg)
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
![Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542990080_radzijidin.jpg)
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
![Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71564651276_DATUKAKADIRJASIN.jpg)
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
![Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571560355_Hishammuddin.jpg)
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
![Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71564651276_DATUKAKADIRJASIN.jpg)
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.