PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan agar negara kembali ke bidang pertanian bagi menjamin bekalan makanan negara, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, berkata, langkah itu bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pengimportan bahan-bahan seperti makanan ternakan.
"“Bukan sahaja (kembali) jadi negara pertanian, kita (MPN) bincang antara lain jaminan keselamatan makanan supaya Malaysia tidak berdepan dengan situasi cemas atau sebab kita tak sediakan bekalan makanan yang kita perlukan untuk masa sekarang.
“Tadi saya umumkan ada kenaikan dalam ranking food security tapi masih jauh sasaran untuk top 10, mestilah ada dari segi dasar tapi langkah tertentu Malaysia kena ambil untuk teroka secara agresif gunakan teknologi hasilkan bahan keperluan makanan negara dan tak bergantung dengan bahan import,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN, pada Selasa.
Selain itu, Muhyiddin menjelaskan, MPN berpendapat Malaysia perlu lebih agresif untuk meneroka teknologi moden, bahan keperluan negara dan bahan yang diimport.
Katanya, beberapa kawasan pertanian perlu dimajukan semula kerana permintaan yang tinggi mutakhir ini dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan makanan import.
"Umpama sektor tanaman sayur-sayuran, kelapa dan sebagainya, sebahagiannya masih diimport. Seperti kelapa, untuk santan hampir 500 juta biji kita import, sedangkan ada kawasan tanaman kelapa. Ia hanya perlu diusahakan dan dimajukan semula kerana permintaannya meningkat kini.
"Kalau dasar ini dapat dilakukan lebih agresif dan selari dengan dasar jaminan keselamatan makanan, saya fikir kita boleh maju dalam sektor industri makanan dan pertanian," katanya lagi.
Mengulas kenaikan harga ayam baru-baru ini, Muhyiddin menjelaskan perkara itu terjadi kerana kebergantungan terhadap bakalan bahan makanan ternakan yang diimport.
Beliau menjelaskan, situasi itu dapat dielakkan sekiranya kerajaan meneliti semula dasar import bahan makanan ternakan dan mengeluarkan bahan makanan ternakan sendiri.
"Tadi kita ada bincangkan mengenai kenaikan harga ayam. Perkara itu berlaku kerana negara ini mengimport 100 peratus makanan ternakan haiwan berkenaan.
"Disebabkan itu, ketika berlakunya masalah rantaian makanan ini di peringkat global, Malaysia berhadapan dengan masalah makanan ternakan yang meningkat berlipat kali ganda.
"Antara solusi yang dibincangkan ialah mampukah negara ini keluarkan bahan makanan ternakan sendiri dan tidak bergantung 100 peratus dari luar negara.
"Kita berpendapat wajar untuk kerajaan meneliti dasar import bahan ternakan, dan negara ini berusaha supaya sebahagiannya dapat kita tampung dan tidak bergantung pada negara luar semata-mata," katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-39 dalam Global Food Security Index pada tahun 2021, naik sembilan anak tangga berbanding tahun sebelumnya dengan bekalan lapan komoditi utama yang stabil.
"Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga menjalankan tindakan intervensi yang berorientasikan pengguna, pengeluar dan perdagangan, bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara.
"Antara intervensi jangka pendek yang diambil adalah mewujudkan stok bekalan ayam, semakan prosedur import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan semakan semula Tarif Elektrik Sektor Pertanian.
"Majlis berpendapat terdapat keperluan yang mendesak untuk memperkasakan industri input kepada makanan ternakan supaya negara mencapai tahap sara diri kos input makanan ternakan terurus dan tidak terjejas akibat faktor luaran," katanya.
Astro Awani
Tue Jun 14 2022
Muhyiddin menjelaskan kenaikan harga ayam terjadi kerana kebergantungan terhadap bakalan bahan makanan ternakan yang diimport. - Gambar fail
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.