LIPIS: Usaha mengatasi kekurangan bekalan dan tekanan harga di pasaran terus diperhebat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) apabila mengambil langkah drastik dengan menggerakkan agensi Felcra, Risda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu pengeluaran ternakan ayam, lembu serta pertanian.
Timbalan Menteri Satu KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebelum ini Felcra dan Risda memberi tumpuan terhadap sektor perladangan sawit dan getah namun kini agensi terbabit diminta terlibat dengan ternakan ayam, lembu serta hasil pertanian lain yang berkapsiti tinggi sebagai mengisi program sekuriti makanan.
"KPLB sudah menyediakan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk Felcra dan Risda supaya kedua agensi ini membuka ladang ternakan membabitkan peserta di bawah agensi ini sebagai tenaga buruh.
"MARA pula akan membantu menyediakan bantuan kewangan antara RM100,000 hingga RM500,000 kepada pengusaha yang sudah berjaya sebagai suntikan modal bagi melebarkan projek tersebut serta menambah jumlah (ternakan) untuk pasaran," katanya kepada media selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Felcra Pahang Berhad di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.
Beliau berkata, KPLB turut meminta pengurusan Risda dan Felcra supaya menyediakan bantuan yang bersesuaian kepada peserta atau pengusaha di luar bandar untuk menceburi bidang ternakan bagi menampung pendapatan keluarga selain hasil sawit diperoleh setiap bulan.
"Perkara ini mampu dilakukan oleh Felcra dan Risda sama ada projek ternakan diselenggarakan oleh kedua agensi ini yang berusia 60 tahun. Banyak pengalaman bidang pengurusan sebagai tunjang menggerakkan ekonomi dan keperluan isi rumah penduduk miskin di luar bandar termasuk menggalakkan peserta agensi tersebut terbabit sepenuhnya dalam bidang terbabit.
"Saya memberi jaminan, MARA akan menyediakan sejumlah bantuan berskala besar dan mengikut kesesuaian melebihi daripada RM100,000 kepada pengusaha ternakan ayam dan lembu, tetapi dengan syarat mereka (pengusaha) sudah pun terbabit dalam bidang ini, sebagai contoh memiliki sekurangnya-kurangnya lebih 100 ekor lembu, manakala ayam antara 5,000 hingga 10,000 ekor yang dipelihara untuk komersial, " katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menjelaskan, kerajaan sedia menimbang bantuan tersebut sejajar dengan peranan KPLB membantu meningkatkan pengeluaran dalam kalangan usahawan luar bandar di samping mengurangkan tekanan dalam negara ketika berdepan kekurangan bekalan ternakan dan kenaikan harga hasil pertanian.
Sementara itu, beliau berkata, Felcra Pahang Berhad telah merintis ternakan ayam pedaging dengan memperuntukkan sejumlah RM59.64 juta sebagai geran dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi melaksanakan projek itu secara sistem tertutup yang akan dilaksanakan di Tanjung Seratus, Kuala Rompin.
"Kerja membersihkan tapak, jalan ke pusat ternakan dan prasarana lain akan dmulakan pada bulan Jun tahun ini dan dijangkakan beroperasi serta mengeluarkan ayam daging pada awal Februari 2023.
"Projek ternakan ayam daging ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada kira-kira 500 orang penduduk setempat, manakala setiap pusingan 35 hari akan mengeluarkan sebanyak 600,000 ekor ayam untuk pasaran," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Tue May 31 2022

Abdul Rahman (lapan, kiri) bersama tetamu yang hadir sempena jamuan hari raya di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis hari ini. - Foto Astro AWANI
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.

Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.

MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.

UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.

Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.

Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.

LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.

Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.

Isu kos sara hidup antara fokus Belanjawan Johor 2024 - MB
Isu kos sara hidup merupakan antara perkara fokus yang bakal disentuh pada Belanjawan Johor 2024, yang bakal dibentang pada 23 Nov depan.