Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.3 peratus pada 2018 dan 5.9 peratus pada 2019, mencerminkan peningkatan dalam semua subsektor berikutan kepelbagaian sektor ini.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, sektor tersebut berkembang 6.5 peratus dalam tempoh separuh pertama 2018 diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit; kewangan dan insurans; maklumat dan komunikasi; makanan dan minuman serta penginapan.
Pertumbuhan subsektor perdagangan borong dan runcit dijangka kekal kukuh pada tujuh peratus pada 2018 dan 6.3 peratus pada 2019, selari dengan peningkatan aktivitipenggunaan terutama dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan berkadar sifar selama tiga bulan, peningkatan kadar gaji minimum dan peningkatan jualan melalui platform e-dagang.
Seterusnya, subsektor kewangan dan insurans dijangka meningkat 5.5 peratus pada 2018 disokong oleh aktiviti insurans susulan pendapatan premium yang lebih tinggi selain tuntutan lebih rendah.
Pada 2019, subsektor ini dijangka mencatatkan pertumbuhan 5.3 peratus, disokong oleh pemberian pinjaman bank yang berterusan selaras dengan aktiviti ekonomi yang stabil.
Bagi subsektor maklumat dan komunikasi, ia diunjurkan meningkat 8.1 peratus pada 2018 dan lapan peratus pada 2019 berikutan peningkatan penggunaan perkhidmatan jalur lebar dan aplikasi pintar, menurut laporan itu.
"Tambahan pula, peningkatan aktiviti pendigitalan dalam ekonomi dijangka mendorong peningkatan pertumbuhan subsektor ini. Pelaksanaan Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses dijangka mengurangkan harga jalur lebar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan meningkatkan pertumbuhan subsektor," kata laporan tersebut.
Subsektor makanan dan minuman serta penginapan dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.1 peratus pada 2018 disokong oleh aktiviti pelancongan domestik dan peningkatan pelanggan restoran.
Bagi 2019, subsektor itu dijangka berkembang 6.9 peratus sejajar dengan aktiviti promosi rancak sempena Melawat Malaysia 2020 dan pakej pelancongan menarik yang ditawarkan melalui pameran pelancongan dalam talian selain pengoperasian beberapa pusat beli-belah dan komponen peruncitan baharu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
"Subsektor perkhidmatan lain diunjur berkembang 5.3 peratus pada 2018 dan 5.1 peratus pada 2019, susulan peningkatan permintaan untuk pendidikan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, manakala subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka mencatat pertumbuhan 4.4 peratus pada 2018 dan 4.2 peratus pada 2019," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
![Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.9 peratus pada 2019 Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.9 peratus pada 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447058027_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Sektor tersebut berkembang 6.5 peratus dalam tempoh separuh pertama 2018 diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553232597_PTPTN.jpg)
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
![Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41569671888_LimGuanEng.jpg)
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
![Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565069044_TBGENERICTINCAN.jpg)
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
![Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553761151_TBKUCHINGKETUAMENTE.jpg)
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
![Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551937095_LIMGUANENG.jpg)
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
![RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81538010793_menterikesihatan.jpg)
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
![Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41551308038_HARIMAU.jpg)
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
![Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549412817_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
![Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548115213_PWAYTHAMOORTHY.jpg)
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
![Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547787713_LIMGUANENG.jpg)
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.