PASIR GUDANG: Lokasi dikenali dengan nama 'sekolah wheelie' dalam kalangan mat rempit di Taman Kota Masai di sini digempur menerusi Ops Khas Motosikal sempena Op Selamat 18, pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, dalam operasi itu sebanyak 105 buah motosikal diperiksa dan kesalahan utama membabitkan tidak memakai topi keledar.
"Sebanyak 81 saman dikeluarkan dalam operasi tersebut. Berdasarkan statistik Op Selamat 18 Hari Raya Aidilfitri 2022, penunggang motosikal merupakan kategori paling tinggi menyumbang kepada jumlah kemalangan maut.
"Oleh itu, JSPT Johor terpaksa mengambil pendekatan agresif 'policing' dengan konsep 'total enforcement' terhadap golongan ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, lokasi berkenaan kembali menjadi tumpuan mat rempit selepas insiden kemalangan maut melibatkan empat remaja, seminggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.
Selain itu pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal untuk terus patuh pada peraturan dan undang-undang, tidak pentingkan diri, kawal emosi dan sentiasa bersabar dengan situasi semasa.
"Mereka juga diingatkan agar tidak membuat sebarang provokasi yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain, ini kerana faktor kecuaian merupakan penyumbang utama kepada kecelakaan jalan raya," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu May 05 2022

Polis mengeluarkan 81 saman terhadap penunggang motosikal selepas menggempur lokasi 'sekolah wheelie' di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Sekolah wheelie' digempur, 81 saman dikeluarkan
Dalam operasi itu sebanyak 105 buah motosikal diperiksa dan kesalahan utama membabitkan tidak memakai topi keledar.