KUALA LUMPUR: Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata arahan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.
"Kluster COVID-19 yang melibatkan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini dinamakan Kluster Persiaran Tasik," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.
Noor Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 973 warga sekolah telah disaring dan mendapati 135 kes baharu positif kes COVID-19 dalam kluster berkenaan, menjadikan keseluruhan kes COVID-19 dalam kluster tersebut ialah seramai 143 orang, terdiri daripada 114 murid, 19 guru dan 10 kakitangan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam memaklumkan terdapat 73 kes positif COVID-19 di sekolah berkenaan melibatkan dua guru dan 71 pelajar.
"Satu sesi taklimat dan penerangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut telah diadakan. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kluster ini terkawal," katanya.
Beliau berkata daripada 143 kes yang positif COVID-19, seramai 106 kes dalam kategori satu manakala 35 kes yang lain adalah dalam kategori 2A dan dua (2) kes dalam kategori 2B (masing-masing seorang guru dan seorang murid) dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.
"Kesemua murid yang positif COVID-19 dan seorang guru telah dimasukkan ke MAEPS untuk rawatan dan pemantauan lanjut," katanya.
Sementara itu, Noor Hisham berkata seramai 700 orang kontak rapat iaitu 603 murid, 59 guru, dan 38 kakitangan telah dikenal pasti dengan kontak rapat dalam kalangan murid dimasukkan ke stesen kuarantin, iaitu di Institut Aminuddin Baki dan Institut Latihan Islam Malaysia.
"Manakala kontak rapat dalam kalangan guru dan kakitangan dikuarantin di rumah masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![Sekolah Seri Puteri Cyberjaya diarah tutup - KP Kesihatan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya diarah tutup - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638543180_TBSekolahSeriPuteri.jpg)
Arahan penutupan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Gambar/ Bernama
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya 139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638440705_TBSekolahSeriPuteri.jpg)
139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Sejumlah 139 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Persiaran Tasik yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, setakat jam 3 petang tadi.
![71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ 71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638358389_KhairyJamaluddin.jpg)
71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ
Ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.
![65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638374995_KementerianPelajara.jpg)
65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
![MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018 MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532153483_juaradebat.jpg)
MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018
Malay College Kuala Kangsar muncul juara Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Seri Puteri menang dalam kategori Bahasa Inggeris.
![Bapa empat anak antara yang maut dalam kemalangan Bapa empat anak antara yang maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531563427_KEMALANGAN.jpg)
Bapa empat anak antara yang maut dalam kemalangan
Isteri mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun anak lelakinya berusia 10 tahun kini berada dalam keadaan kritikal.