PUTRAJAYA: Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam rakaman video di akaun Facebook dan Twitternya malam ini.
Katanya, mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.
Beliau berkata, kes mula dikesan di sekolah tersebut selepas seorang guru disahkan positif COVID-19.
Beliau menjelaskan selepas saringan kontak rapat dilakukan, seorang lagi guru dan enam pelajar disahkan turut positif COVID-19.
"Enam pelajar yang positif ini sekarang ini berada di sekolah dan berada di bawah pemantauan pihak sekolah.
"Dalam usaha Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengurangkan jumlah pelajar yang berada di asrama, pihak PKD telah melaksanakan saringan kontak rapat terhadap lebih 200 pelajar hari ini.
"Daripada 200 pelajar ini, 65 orang telah didapati positif dan dibawa ke MAEPS untuk pemantauan manakala baki pelajar lain akan dilaksanakan saringan pada esok (Khamis)," katanya yang turut meninjau sekolah berkenaan malam ini.
Radzi menjelaskan pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan PKD bagi memastikan pelajar di sekolah tersebut berada dalam keadaan selamat.
Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Astro Awani
Wed Dec 01 2021
Radzi mengesahkan 65 pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Sejumlah 139 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Persiaran Tasik yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, setakat jam 3 petang tadi.
71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ
Ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.
65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018
Malay College Kuala Kangsar muncul juara Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Seri Puteri menang dalam kategori Bahasa Inggeris.
Bapa empat anak antara yang maut dalam kemalangan
Isteri mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun anak lelakinya berusia 10 tahun kini berada dalam keadaan kritikal.