Malay College Kuala Kangsar (MCKK) muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu, mengalahkan Sekolah Sultan Alam Shah yang diadakan di sini, hari ini.
Bagi kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Seri Puteri muncul juara selepas berjaya meyakinkan juri.
Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Bagi pembahas terbaik untuk kedua-dua kategori, ia diungguli oleh pembahas daripada MCKK iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli dan Muhammad Luqman Mohammad Nawar bagi kategori Bahasa Inggeris.
Mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM500.
Tajuk perbahasan bagi kategori Bahasa Melayu ialah "Revolusi 4.0: Malaysia sudah bersedia" manakala tajuk bagi kategori Bahasa Inggeris pula ialah "This house believes that the industrial revolution is a disguised attempt at colonising other nations."
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-45 tahun 2018 anjuran Bahagian Pengurusan Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia membabitkan 69 buah Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Tentera Diraja di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sekolah Berasrama Pekan, Pahang selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-45.
Lebih 2,000 penonton hadir pada pertandingan akhir tahun yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Hilal Azmi
Sat Jul 21 2018
Bagi kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Seri Puteri muncul juara selepas berjaya meyakinkan juri. - Astro AWANI
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46
Kedua-dua sekolah yang menjadi juara menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
MCKK, Sekolah Seri Puteri juara Piala Perdana Menteri 2018
Malay College Kuala Kangsar muncul juara Piala Perdana Menteri ke-45 kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Seri Puteri menang dalam kategori Bahasa Inggeris.