Pihak sekolah perlu membuat pemantauan rapi terhadap semua kakitangannya termasuk guru dan jurulatih separuh masa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata walaupun pihak pentadbiran sekolah membuat semakan rapi, namun kadangkala ia bukan jaminan kepada tiada kejadian tidak wajar daripada berlaku.
"Walaupun kita memeriksa latar belakang mereka dan dapati rekod mereka bersih, perkara di luar jangka mungkin berlaku jika kita tidak membuat pemantauan rapi di sekolah, jadi adalah penting pihak pentadbiran sekolah sentiasa membuat pemeriksaan.
"Kami juga mengeluarkan arahan kepada semua sekolah agar mengawasi tingkah laku pelajar juga. Sebab itu kita ada penilaian psikometrik untuk uji psikologi pelajar sepanjang tahun itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas SMJK 2016 Negeri Perak di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementerian Pendidikan membuat semakan latar belakang yang lebih mendalam untuk pengambilan guru dan jurulatih separuh masa.
Ia susulan insiden seorang jurulatih kecergasan sambilan sebuah sekolah di sini yang dilaporkan mencabul dan meliwat beberapa pelajar difahamkan sejak Mei lalu sebelum mayat suspek ditemukan dalam sebuah bilik hotel, minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, Chong berkata pihak kementerian telah melakukan pelbagai langkah untuk membendung gelaja buli dalam kalangan pelajar sekolah termasuk mewujudkan jawatankuasa pemuafakatan melibatkan sekolah, ibu bapa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain sistem pelaporan dalam talian.
"Kita perlukan pendekatan secara holistik daripada semua pihak, kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak sekolah sahaja yang menyelesaikannya," katanya sebagai mengulas insiden buli membabitkan sekumpulan pelajar perempuan di Kunak, Sabah yang tular hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017
Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata walaupun pihak pentadbiran sekolah membuat semakan rapi, namun kadangkala ia bukan jaminan kepada tiada kejadian tidak wajar daripada berlaku.
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.
MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.
Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.
Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.
PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.
Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.
Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.