KUALA LUMPUR:Satu platform yang lebih adil bagi Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berunding perlu diwujudkan bagi menangani dakwaan serta tuduhan yang boleh menjejaskan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara termasuk berkaitan isu sekatan produk sawit negara ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, FGV Holdings Bhd (FGV) misalnya telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta mengambil langkah perlu menerusi penghantaran petisyen untuk pembatalan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap minyak sawit dan produk sawit keluarannya.
FGV juga katanya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki sistem pengambilan buruh asing serta menetapkan piawaian pekerja yang bersesuaian dalam memastikan kebajikan pekerja terpelihara selaras dengan hak asasi manusia.
"Tidak dinafikan, AS merupakan pasaran penting bagi produk agrikomoditi Malaysia yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport negara. Bagi tempoh Januari-Ogos 2020, jumlah eksport agrikomoditi ke negara berkenaan bernilai RM14.10 bilion.
"Walau bagaimanapun dengan insiden yang semakin kerap berlaku, KPPK bersedia untuk mempertimbang tindakan yang sewajarnya bagi menangani isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: FGV perlu segera lantik juruaudit bebas dan boleh dipercayai
Kementeriannya juga menyarankan agar pihak industri sawit termasuk FGV untuk terus meneroka pasaran baharu mengambil kira situasi pandemik COVID-19 masa kini dengan memfokuskan eksport sawit ke negara-negara lain yang berpotensi di benua Afrika seperti Nigeria, Asia Tengah dan sebagainya.
"Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi komitmen kerajaan, tiada lagi pengambilan baharu pekerja asing akan dilaksanakan pada masa ini.
"Oleh yang demikian, isu buruh paksa yang dibangkitkan dan dilaporkan oleh Jabatan Buruh (AS) DOL merupakan isu lama dan telah pun diambil tindakan oleh pihak industri," tambahnya lagi.
Ujarnya, kementeriannya dengan kerjasama agensi berkaitan sentiasa memberi perhatian mengenai pembangunan industri sawit negara dan mengambil berat kebajikan pekerja di sektor agrikomoditi demi menjamin kemakmuran sejagat dan kemaslahatan bersama.
Pada 30 September Amerika Syarikat melalui Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) mengharamkan import minyak dan produk sawit dari FGV susulan siasatan badan itu yang mendakwa berlaku amalan buruh paksa.
Astro Awani
Thu Oct 22 2020

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, FGV Holdings Bhd telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha membatalkan Perintah Pelepasan Tahan (WRO). - Gambar fail/BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Sekatan produk sawit: Platform rundingan lebih adil Malaysia-AS diperlukan
Satu platform yang lebih adil bagi Malaysia dan Amerika Syarikat berunding diperlukan bagi menangani dakwaan serta tuduhan yang boleh menjejaskan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara.

Proses ambil keterangan Mohd Khairuddin ditunda esok
Perkara itu dimakklumkan oleh wakil dari unit komunikasi korporat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

PKPB: Pemain sektor perladangan, komoditi perlu patuhi syarat keselamatan
Antara yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan suhu badan pekerja dan merekodkannya setiap hari, penggunaan pensanitasi tangan.

Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet baharu.