Ahli perniagaan dari parti PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini.
Pelantikan Mohd Khairuddin, 47, yang bakal menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Selain berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus dari 2013 sehingga kini, anak jati Seberang Takir itu turut memegang beberapa jawatan penting dalam parti termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sejak 2015 sehingga kini.
BACA: Takiyuddin dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri
BACA: Mufti, Ketua Pegawai Eksekutif antara individu dilantik senator
Sebelum aktif dalam dunia politik, Mohd Khairuddin pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999 sehingga 2002 dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 2002 sehingga 2008.
Beliau yang sering lantang bersuara dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat di Parlimen turut aktif dalam kerja-kerja amal dan kini merupakan pengasas dan pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha serta Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha di Bangi, Selangor.
Berikut merupakan biografi Mohd Khairuddin:
Nama: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (turut dikenali Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri)
Tarikh lahir: 9 Dis 1973
Asal: Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Pendidikan:
1986: Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin
1992: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
1996: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Jordan
2000: Sarjana Bahasa Arab dan Kesusasteraan dari Universiti Aal Al-Bayt, Jordan
2001: Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kerjaya:
1999 - 2002: Pensyarah UIAM
2002 - 2008: Pensyarah UKM
Politik:
Ahli Parlimen Kuala Nerus setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013
Mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2015 - 2017
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2017- 2019
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Penggal 2019 - 2021
Penglibatan dalam bidang swasta:
Pengasas dan Pengerusi, Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha di Bangi, Selangor
Pengasas dan Pengerusi, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha di Bangi, Selangor
Ahli Lembaga Pengarah, Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Kuala Terengganu.
Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
![Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61533035093_KHAIRUDDINAMANRAZALI.jpg)
Pelantikan Mohd Khairuddin, 47, yang bakal menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Facebook
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Sekatan produk sawit: Platform rundingan lebih adil Malaysia-AS diperlukan Sekatan produk sawit: Platform rundingan lebih adil Malaysia-AS diperlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599233739_MohdKhairuddinAman.jpg)
Sekatan produk sawit: Platform rundingan lebih adil Malaysia-AS diperlukan
Satu platform yang lebih adil bagi Malaysia dan Amerika Syarikat berunding diperlukan bagi menangani dakwaan serta tuduhan yang boleh menjejaskan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara.
![Proses ambil keterangan Mohd Khairuddin ditunda esok Proses ambil keterangan Mohd Khairuddin ditunda esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598402715_KhairuddinAman.jpg)
Proses ambil keterangan Mohd Khairuddin ditunda esok
Perkara itu dimakklumkan oleh wakil dari unit komunikasi korporat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.
![PKPB: Pemain sektor perladangan, komoditi perlu patuhi syarat keselamatan PKPB: Pemain sektor perladangan, komoditi perlu patuhi syarat keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520831314_LadangNanas.jpg)
PKPB: Pemain sektor perladangan, komoditi perlu patuhi syarat keselamatan
Antara yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan suhu badan pekerja dan merekodkannya setiap hari, penggunaan pensanitasi tangan.
![Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61533035093_KHAIRUDDINAMANRAZALI.jpg)
Ahli perniagaan Pas dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet baharu.