Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan Khams malam, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
"Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di 'lockdown'," kata Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
Dr Wan Azizah berkata kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas suhu badan dan makmal untuk mempercepatkan keputusan sampel.
Beliau berkata, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain dari 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam di negeri dan 12 makmal hospital kerajaan seluruh negara kepada makmal swasta.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jangkitan novel koronavirus di Putrajaya petang tadi, berkata Kementerian Luar juga sedang menyelaraskan 212 kakitangan tertentu dari Kedutaan/Konsulat Jeneral untuk balik ke Malaysia dengan segera.
Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata mereka akan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan termasuk pengambilan sampel klinikal.
"Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari.
"Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain," katanya.
Beliau berkata, sehingga pukul 8.00 malam ini, 10 orang (dua keluarga) kakitangan tertentu berkenaan daripada Guangzhou telah tiba di KLIA dan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan.
Beliau berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses pengawasan dan pemantauan.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedia membantu 34 warganegara Malaysia di Wuhan yang tidak dapat kembali ke Malaysia bersama 107 yang dibawa pulang pada 4 Feb lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh kerajaan China.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur sendiri berhasrat untuk membatalkannya.
Setakat ini, dilaporkan terdapat 27,636 kes koronavirus di seluruh dunia dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 564 orang.
Di Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif koronavirus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 06 2020
Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan Khams malam berkata langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV). -Gambar fail
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.