KUALA LUMPUR :Bantuan sewajarnya akan disalurkan buat penduduk rumah panjang yang terjejas akibat perintah sekatan pergerakan yang dikenakan di Kapit sejak 3 Januari lalu.
Menurut Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, beliau akan berhubung terus dengan wakil di Pejabat Parlimen Kapit bagi mendapatkan maklumat berkenaan bantuan yang diperlukan oleh penduduk ketika ini.
"Saya sedang berbincang tentang bantuan yang boleh disampaikan kepada penduduk yang terjejas.
"Wakil saya di Pejabat Parlimen Kapit akan sentiasa memaklumkan dan mengemas kini informasi dan bantuan yang boleh disalurkan," ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad.
Beliau yang merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memaklumkan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat bagi memastikan keselamatan penduduk di Kapit terus terjamin.
"Saya memandang serius penularan jangkitan COVID-19 di kawasan saya. Pejabat wakil rakyat Parlimen Kapit dan ADUN Bukit Goram akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak COVID-19 berjaya dikekang sepenuhnya," tambah beliau.
BACA: Tiada aktiviti di ruai rumah panjang di Pasai Siong, penduduk patuh SOP
Jelas kenyataan itu lagi, secara keseluruhannya, sebanyak 149 buah pintu rumah dari 13 rumah panjang di Kapit dan Song terlibat dalam perintah sekatan pergerakan yang dikenakan bermula 3 Januari sehingga 16 Januari.
Ia dikenakan susulan kekhuatiran penduduk di daerah tersebut menjadi kontak rapat kepada kes positif yang dilaporkan di Sarawak sebelum ini.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi arahan pihak berkuasa dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dalam negara.
"Perkara paling penting adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengamalkan norma baharu terutama membabitkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, sanitasi tangan dan mengelakkan perhimpunan ramai.
"Saya yakin, jika kita dapat mendidik serta mengawal diri dan keluarga masing-masing, kita akan berjaya mengekang penularan wabak ini di Kapit dan seterusnya Malaysia secara keseluruhan," katanya.
Nickyson Nyambar
Sun Jan 17 2021

Pihak Pejabat Parlimen Kapit akan mendapatkan maklumat berkenaan sebarang bentuk bantuan yang dapat disalurkan buat masa ini, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. -Gambar Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sekatan Pergerakan: Penduduk di 13 rumah panjang di Kapit dan Song akan terima bantuan
13 rumah panjang di Kapit telah terlibat dalam perintah sekatan pergerakan yang dikenakan bermula 3 Januari sehingga 16 Januari.