SIDANG Kemuncak Khas ASEAN – Amerika Syarikat di Washington DC minggu ini menguji kepimpinan negara-negara rantau Asia Tenggara dalam meneroka formula yang lebih menguntungkan masyarakat rantau ini ketika ASEAN sedang mengimbangi pertembungan pengaruh kuasa-kuasa besar.
Di atas kertas, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar AS selepas Vietnam. Realitinya, masih ramai yang skeptikal dan menganggap pentas diplomasi ASEAN – Amerika Syarikat tidak lebih daripada sekadar simbolik ‘persembahan’ diplomasi dunia.
Tetapi, waktu sekarang ialah waktu susah dan sukar.
Apa Yang Susah?
Dunia umumnya sedang ‘sakit kepala’. Kesakitan ini berkisar tentang banyak sebab. Daripada macam-macam sebab itu, empat faktor yang signifikan dan boleh disifatkan sebagai memedihkan buat masa ini.
1. Krisis inflasi dunia
Ombak ganas tekanan inflasi akan terus menerjah dunia, kenaikan harga daripada kos bahan api dan makanan sampailah ke harga baja dan racun. Amerika Syarikat sendiri pun sedang menelan ‘perit’ kadar inflasi yang mencecah 8.5 peratus, terburuk dalam tempoh 40 tahun. Sebagai contoh, harga tisu tandas di AS sebelum ni berharga AS$8, sekarang harga naik ke AS$11. ‘Kesakitan melampau’ yang sedang dialami Amerika Syarikat ini disulami ‘snowball effects’ terhadap masyarakat dunia dan pentas diplomasi dunia masih terkial-kial mencari jalan penyelesaian. Kadar inflasi di Malaysia pula setakat ini berada pada paras 2.2 peratus dijangka terus meningkat susulan kenaikan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) 11.6 peratus pada Mac serta kesakitan tekanan kadar inflasi di peringkat global.
2. Perang Rusia – Ukraine
Perang ini tiada siapa tahu bila ia akan berakhir. Selagi konflik ini berterusan, gangguan atau ‘disruption’ terhadap rantaian bekalan akan terus mengocak perjalanan perdagangan dunia. Kesan domino daripada peperangan ini menyumbang kepada ‘kesakitan’ yang sedang dirasai di Eropah dan Amerika Syarikat. Malangnya, jatuhan ‘kepingan domino’ itu susunannya tidak hanya berakhir di dua benua tersebut.
3. Perubahan Iklim
Sejak 2020 hingga sekarang, jika dicongak angka warga ASEAN yang hilang tempat tinggal akibat pelbagai bencana alam kini sudah mencecah enam juta orang. Beratus-ratus saudara mara dan jiran tetangga kita di Asia Tenggara mati akibat banjir, ribut, taufan dan tanah runtuh seperti yang berlaku di Kemboja, Laos, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia.
4. Pertembungan Kuasa Besar China – AS
Dinamik geopolitik antara dua kuasa utama dunia, Amerika Syarikat dan China seperti pertandingan siapa dapat apa dan siapa yang dapat lebih. Sejumlah 650 juta penduduk jumlah warga Asia Tenggara kekal menjadi antara pusat graviti pertembungan dua kuasa ini membina pengaruh.
Jadi, perlukah kita ambil peduli?
Semua empat senario ‘sakit kepala’ tersebut belum ada dos penggalak yang mampu menampan risiko yang berupaya mengancam kesejahteraan hidup manusia di 10 negara ASEAN. Dan ia menjadi latar pertemuan pemimpin-pemimpin ASEAN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden AS Joe Biden di White House hari ini dan esok (12 dan 13 Mei).
Menurut Ketua Eksekutif ISIS Malaysia, Herizal Hazri, ASEAN seeloknya harus kekal ‘degil’. Kedegilan yang dimaksudkan ialah mengekalkan pendirian neutral dan memanfaatkan hubungan baik untuk mempercepatkan usaha mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi bersama.
“ASEAN perlu kekal degil untuk menjadi neutral kerana usaha membina dunia pasca pandemik memerlukan kefahaman, konsensus bersama serta fokus yang maha tinggi terhadap meletakkan keutamaan mencari penyelesaian masalah yang dihadapi bersama,” kata Herizal sambil berjalan di hadapan Lincoln Memorial.
Tambahnya, Amerika Syarikat harus memahami kedudukan dan kearifan orang Asia Tenggara. Menekan dan memaksa serta mengheret sahabat di dalam situasi ‘zero-sum game’ bukanlah cara orang kita menyelesaikan masalah.
Herizal berkata: “Sebagai contoh perang Rusia – Ukraine, AS tidak boleh memaksa ASEAN mengambil sesuatu ketetapan yang memihak. Ini bukan perang kita. Keadaan ini tidak menyumbang kepada usaha untuk mendamaikan pihak yang berseteru. Matlamat besar ialah melindungi dan mempertahankan kemanusiaan dan sejagat”
Apa yang perlu dibincangkan?
Pentas Dialog ASEAN-US pun sudah mencecah usia 45 tahun. Sama ada Sidang Kemuncak Khas ASEAN – AS ini sekadar simbolik atau sebaliknya bukan lagi persoalan. Kesakitan dan keperitan membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19 memaksa semua pemimpin merentasi pelbagai ideologi supaya duduk bersama, tidak hanya berlalu pergi dan berpaling dengan senyuman.
1. Suntik ‘dos penggalak’ kepada pengukuhan integrasi perdagangan dan membina ketahanan rantaian bekalan
Memandangkan jatuhan kepingan domino akibat krisis ekonomi dunia turut disaksikan di rantau ini, pemimpin ASEAN dan Uncle Sam diharap dapat bekerjasama mencari jalan memulih dan membina ketahanan rantaian bekalan. Dengan kekuatan dan kemajuan teknologi yang dimiliki Amerika Syarikat, usaha ini dapat diperkukuh dengan pelaburan langsung membina ekosistem dan infrastruktur digital di rantau ASEAN yang masih tidak sekata. Hal ini penting kerana cara orang berniaga sudah berubah, semuanya dipacu teknologi dan ‘connectivity’.
2. Perhebat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pasca pandemik
Pandemik COVID-19 banyak membuka sisi positif terutama membina persekitaran perniagaan yang menggalakkan adaptasi digital dan inovasi teknologi. Anjakan berlaku dengan pantas dengan dibantu ekosistem insentif kerajaan dan swasta terhadap mereka yang berniaga. Pasaran e-dagang di rantau ASEAN antara yang terbesar di dunia. Ketika COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020, rantau ini mencatat pendapatan lebih RM16 bilion melalui e-dagang. ASEAN – AS mempunyai ruang dan peluang untuk mengukuhkan akses kepada pasaran digital, mempelbagai rantaian bekalan lantas membina keyakinan untuk ramai lagi orang dari benua lain untuk melabur di rantau ini.
3. Sekuriti Tenaga
Blok negara maju harus memahami bahawa tidak semua negara duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi apabila berbicara tentang komitmen terhadap penjanaan sumber tenaga yang lebih bersih. Mahu menginjak penggunaan kenderaan daripada kereta biasa kepada kereta berkuasa bateri atau solar contohnya, bukan senario ‘bercakap hari ini, esok jadi’. Begitu juga dengan perindustrian. Malaysia sahaja sudah menyaksikan penggunaan tenaga elektrik meningkat sehingga 80 peratus dalam tempoh hampir dua dekad sejak tahun 2000. Pentas diplomasi kali ini membuka ruang untuk ASEAN dan AS meneroka peluang dan memikirkan cara untuk ‘merakyatkan’ lagi industri solar melalui kerjasama syarikat tempatan dan syarikat-syarikat ternama AS seperti First Solar dan Twin Creeks.
4. Tindakan Perubahan Iklim
Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, komited untuk berubah. Berubah ke arah tenaga boleh baharu (TBB) dan usaha menggalakkan inisiatif cekap tenaga. AS – ASEAN ada ruang untuk memberi nilai tambah kepada kemajuan industri tenaga lestari. Dua perkara penting yang mendasari strategi membina masa depan lebih baik. Pertama, komitmen terhadap ‘Environmental, Social and Governance’ (ESG) harus menjadi DNA yang mengalir di dalam cara kita bekerja merentasi pelbagai sektor dan industri. Begitu juga dengan aspek kedua, komitmen terhadap Sustainable Development Goals (SDG) perlu dilihat melalui lensa keadilan dan kesaksamaan agar pembangunan rantau ini lebih mampan sekali gus menjamin keselamatan dan kualiti hidup warga.
Oktober tahun lalu, pentadbiran Biden telah menyatakan komitmen kepada ASEAN dengan menyalurkan RM444 juta.
Ia sebagai usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik terutama dalam bidang kesihatan dan menangani krisis iklim.
Kali ini, apa pula janji AS kepada ASEAN?
*Ashwad Ismail ialah Ketua Pengarang Astro AWANI
Ashwad Ismail
Fri May 13 2022
Oktober tahun lalu, pentadbiran Biden telah menyatakan komitmen kepada ASEAN dengan menyalurkan RM444 juta. Kali ini, apa pula janji AS kepada ASEAN? -Astro AWANI
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.